Header Ads

2 lelaki Nigeria mengaku tidak bersalah dalang Macau Scam







Rentetan daripada berita tempoh hari iaitu polis gesa semua pengguna untuk muat turun aplikasi kesan panggilan scam di telefon iaitu Truecaller atau WhosCall, rata-rata laporan polis dapat berkaitan Macau Scam.
DUA lelaki warga Nigeria dipercayai dalang sindiket penipuan Macau Scam didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan, hari ini. - Foto Farizul Hafiz Awang
Foto Kredit : www.bharian.com.my

Dan semalam, dua lelaki warga Nigeria dipercayai dalang sindiket penipuan Macau Scam didakwa di Mahkamah Majistret di sini.
Tertuduh yang dikatakan memasuki negara ini sejak 2016 sebagai pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) swasta di ibu negara, ditahan polis pada 21 September lalu.
Egwuasu Bernard Nnaemeka dan Egwuasu Chimiezi Benjamin, kedua-duanya berusia 32 tahun, dituduh melakukan pakatan jahat dengan menipu seorang bekas guru, Nor Faizah Othman, 48, antara 21 April hingga 12 Jun tahun lalu, hingga mengakibatkan mangsa kerugian RM148,490.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 120(B)(1) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Majistret Nurunaim Abdullah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 23 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan lantikan peguam.
Sementara itu, di mahkamah sama, seorang pekerja kedai jubin didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana menerima wang daripada mangsa hasil penipuan tertuduh pertama dan kedua.
Tee Chiu Hang, 29, mengaku menerima wang daripada mangsa (Nor Faizah) menerusi beberapa transaksi menggunakan akaun bank miliknya di Jalan Beserah, dekat sini, antara jam 12.15 tengah hari hingga jam 2 petang pada 21 April hingga 12 Jun tahun lalu.
Tertuduh dalam keterangannya di mahkamah berkata, dia mengenali tertuduh pertama dan kedua melalui Facebook sejak tiga tahun lalu, namun mendakwa tidak pernah menemui mereka.
Dia turut mengaku menyerahkan kad pengeluaran wang automatik (ATM) miliknya kepada tertuduh dan memaklumkan tertuduh pertama dan kedua masih memegang kad ATM berkenaan sehingga mereka ditahan polis hujung September lalu.
Sumber : Berita Harian

No comments

Powered by Blogger.
a