Header Ads

3 JENIS M PERLU ELAK JIKA NAK KURUS!


Punca berat badan naik adalah 60 peratus berpunca dari pemakanan. Pemakanan dengan kuantiti dan jumlah yang seimbang penting supaya badan mendapat tenaga yang cukup dan badan dapat bekerja dengan baik. Oleh disebabkan itu adalah penting untuk kita mengenal pasti makanan yang baik atau tidak baik untuk di makan. Berikut ialah piramid makanan dan sangat penting untuk setiap orang untuk mengambil makanan yang seimbang.


Walau bagaimanapun, tahukah anda TIGA jenis makanan yang tidak baik jika di amalkan secara berlebihan.

1.MANIS

Kurangkan gula dan pemanis tambahan di dalam pemakanan anda. Hal ini akan meningkatkan kadar gula berlebihan di dalam darah. Gula yang berlebihan di dalam darah yang tidak ditukar kepada tenaga akan menjadi lemak. Seterusnya lemak dari gula akan meningkat dan menyukarkan proses penurunan berat badan.


2.MASIN

Bukan sahaja manis boleh menambahkan berat badan, makan terlalu banyak benda yang masin juga boleh meningkatkan berat badan. Biasanya mereka yang suka makan masin adalah disebabkan lidah mereka kurang peka terhadap rasa masin. Masin yang berlebihan akan memberikan kesan yang tidak baik terhadap tekanan darah.


3.berMINYAK

Elakkan makanan yang bergoreng, kerana makann yang bergoreng menggunakan minyak yang terlalu banyak dan berlebihahan. Sekeping pisang goreng mengandungi 170 kalori. Makanan seperti ini tidak sesuai sebab digoreng menggunakan minyak (1g fat: 9 kalori) dan lebih-lebih kali kalau menggunakan minyak yang sama. Jadi, kurangkan makanan bergoreng dang anti dengan alternatif lain seperti rebus atau panggang.


No comments

Powered by Blogger.
a