Header Ads

"Along...ayah dah bank in duit" - Ayat terakhir ayah sebelum pergi buat selamanya





Anak yang berjaya adalah anak yang diimpikan setiap ibu bapa. Berkereta besar, punyai rumah mewah, kerja siang dan malam, belum tentu dapat membahagiakan kedua ibu ayah jika anda tidak bertanyakan khabar mereka walau hanya 5 minit. Sesibuk mana pun anda dalam kerjaya, jangan di lupa ibu ayah di kampung kerana tanpa mereka tiadalah anda di bumi ini dengan didikan dan kasih sayang yang tiada tolak bandingnya.

Gara-gara kesibukan kerja, baru-baru ini seorang pengguna berkongsi di laman Twitter Hakim Malik yang telah kehilangan satu-satunya ayah yang dia miliki selepas menerima panggilan hanya 18 saat dari arwah untuk memberitahu bahawa duit telah dimasukkan ke dalam akaunnya tanpa sempat membalas apa-apa. Sayang seribu kali sayang,  dia tidak sempat mengucapkan 'Terima Kasih Ayah' sebelum panggilan itu dimatikan.

Bertangguh untuk bertanyakan khabar semula seusai habis melakukan kerja hingga terlupa, tanpa disangka-sangka itulah perbualan terakhir dua beranak ini. Kesedihan cerita ini mendapat perhatian Netizen membangkitkan semula semangat saudara Hakim Malik sehingga mendapat lebih 10k Retweet. 








Jadi, kita ambil pengajaran daripada perkongsian saudara ini. Jangan di sia-siakan masa yang ada dengan orang yang tersayang. Korbankanlah lima minit anda , daripada menyesal seribu tahun.

Sumber : Twitter Hakim Malik



No comments

Powered by Blogger.
a