Header Ads

Bapa mangsa pesawat terhempas Lion Air saman Boeing



Penyiasat meneliti salah satu enjin dari pesawat terhempas Lion Air JT610

Bapa kepada mangsa pesawat Lion Air yang terhempas di Jakarta, baru-baru ini, mengemukakan saman terhadap Boeing Co, atas dakwaan masalah reka bentuk pesawat 737 MAX 8, sebagai punca nahas berkenaan. 

Dr Rio Nanda Pratama adalah salah seorang penumpang antara 189 penumpang dan anak kapal maut selepas pesawat yang dinaiki terhempas selepas 13 minit berlepas dari Jakarta pada 29 Oktober lalu.

Mangsa tersebut adalah yang sepatutnya berkahwin dengan tunangnya pada 11 November lalu dan dia mengambil penerbangan itu kerana ingin pulang selepas menghadiri satu persidangan.

Menurut peguam, Curtis Miner dari Colson Hicks Eidson yang berpangkalan di Florida, iaitu firma guaman yang mewakili bapa mangsa, Dr Pratama dijadualkan berkahwin dengan pasangannya, minggu ini.
Dalam tuntutan mahkamah yang difailkan di mahkamah di Illinois iaitu lokasi ibu pejabat Boeing. Bapa kepada mangsa mendakwa Boeing tidak memberi amaran secukupnya kepada Lion Air atau juruterbang mengenai keadaan reka bentuk pesawat itu. Boeing mengekalkan bahawa ia "yakin dalam keselamatan 737 Max".
Sementara itu, pasukan penyiasat Indonesia dijangka mengeluarkan laporan awal siasatan insiden itu pada akhir bulan ini. 


Sumber : bbc news

No comments

Powered by Blogger.
a