Header Ads

Bergelar tunangan orang cuma 48 jam, bakal suami koma dilanggar lari

Sama-sama kita ambil ikhtibar apa yang jadi dari kisah ni...yang baik diikut, yang tak baik jadikan sempadan.....


Menjadi bualan mulut di sosial media baru-baru ini tentang pasangan tunang yang kehilangan salah seorang dari mereka iaitu bakal suaminya yang menghadapi kemalangan langgar lari sejurus selepas beberapa hari mereka langsungkan pertunangan. 

Terbaru, seorang lelaki yang dikenali sebagai Zul Iskandar Mazlan terlibat dengan satu kemalangan jalan raya di kawasan tol simpang pulai, Ipoh dan sehingga kini dikhabarkan masih koma tidak sedarkan diri.



Menurut sumber, Zul baru sahaja mengikat tali pertunangan 2 hari lepas dengan kekasih hatinya. Tunangnya, Nur Faisha juga baru beberapa hari lepas memuat naik detik manis ketika majlis pertunangan mereka berdua namun detik manis itu bertukar air mata apabila menerima berita sedih itu.





Gadis itu turut memuat naik tweet supaya netizen mendoakan keselamatan dan kesejahteraan tunangnya yang dalam fasa kritikal. Ujarnya tunangnya itu sudah beberapa kali menjalani pembedahan kerana pendarahan di otak.

Ikuti bebenang ini untuk kisah selanjutnya.

Gambar sekitar waktu majlis pertunangan.












Status yang dimuat naik oleh pelukis inai kepada tunangan yang kehilangan bakal suaminya.


Cikgu kepada wanita itu dan menyatakan dia anak murid yang baik, namun jodoh tak kesampaian untuk mencipta mahligai perkahwinan bersama tunangannya.





Rata-rata netizen bersimpati dengan apa yang terjadi dan mendoakan keselamatan lelaki tersebut. Netizen juga diminta membantu jika mengetahu apa-apa informasi berkenaan kes tersebut. Kes tersebut berlaku pada tarikh 05/11/2018, lebih kurang jam 10 malam di Simpang Pulai Perak.


Sumber : Twitter Faishaa via https://www.ohmymedia.cc











No comments

Powered by Blogger.
a