Header Ads

"Dia bukan anak saya..." - Jawapan dan Pengakuan bekas suami yang didakwa abaikan anak dan berseronok dengan gadis Tik Tok

Tular di media sosial Twitter tempoh hari berkenaan dengan tuduhan bekas isteri terhadap bekas suami yang gagal jalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa terhadap anaknya yang sedang sakit dan bermesra dengan gadis 'TikTok'. Namun, bekas suami tampil untuk memberi penjelasan kepada umum tentang isu ini.

Artikel berkaitan : Anak Warded, Tapi Bekas Suami Berseronok Mabuk Bercinta dengan Gadis Tiktok?






Menerusi temubual mStar Online, lelaki tersebut tampil mempertahankan diri menafikan pertuduhan dari bekas isteri.

Menurut bekas suami, Shahrul Fazlim,21, isu mengabaikan tanggungjawab seperti yang didakwa bekas isterinya itu hanyalah rekaan semata-mata kerana dia bukan bapa kandung kepada bayi yang ditahan wad ketika itu yang dikatakan anak yang diabaikannya.


Shahrul juga mendedahkan bukti sijil kelahiran bagi menunjukkan bayi berkenaan bukan anak kandungnya.
Bersama dengan salinan surat beranak sebagai bukti, Shahrul Fazlim memberitahu bayi tersebut bukanlah anak kandungnya. Jadi segala dakwaan mengabaikan tanggungjawab seperti yang dikatakan bekas isteri tidak wujud sama sekali.


"Saya tak faham dan berasa terkilan bila bekas isteri saya viralkan saya begini. Bila saya tanya apa motif dia cakap saja-saja untuk puaskan hati. Seolah-olah dia tidak menghargai langsung apa yang saya pernah lakukan untuk dia selama ni".


Menurut lelaki itu lagi, 

"Sebenarnya bayi itu bukan anak saya. Kalau nak ikutkan perintah mahkamah, tidak wajib saya beri nafkah kepada anak itu sebab dia bukan anak kandung saya. Sekali pun saya nak beri (nafkah) ia umpama hadiah kerana anak itu tiada kena mengena dengan saya," 


Bekas isteri yang menuduh bekas suaminya tidak bertanggungjawab itu dan nama akaun Twitter sebagai Noriasma, telah menulis posting di Twitter mendakwa bekas suaminya tidak ambil peduli tentang anak perempuan mereka yang sedang sakit.

Dakwa Shahrul lagi, bekas isterinya itu juga pernah memberi amaran agar dia tidak lagi berjumpa dengan anaknya.

"Sebelum ini dia sendiri yang 'haramkan' saya berjumpa dengan anak itu.
"Bila saya ikutkan seperti yang diminta, dia fitnah saya begini. Saya pun tak faham apa yang dia mahukan," ujarnya.

Ibu saya tak boleh terima saya jadi 'pak sanggup'

Shahrul berkata dakwaan wujud 'orang ketiga' bukan punca rumahtangga yang dibina selama satu tahun itu retak, sebaliknya mendakwa perceraian berlaku selepas kedua-dua mereka bersetuju untuk membawa haluan masing-masing. Pasangan ini berpisah pada 18 Oktober lalu.

"Sejujurnya perkahwinan kami tidak direstui keluarga. Saya berkahwin dengannya ketika kandungannya berusia empat bulan.

"Sebab itu ibu saya tak boleh terima saya jadi 'pak sanggup'. Yang pasti, kami bercerai bukan disebabkan wanita dalam gambar itu dan saya tidak pernah ada perempuan lain sepanjang bergelar suaminya," dakwanya.

Shahrul turut memohon orang ramai yang tidak mengetahui perkara sebenar menghentikan segala kecaman kepadanya dan kekasih. Lebih-lebih lagi gadis tersebut bakal menduduki SPM bermula hari ini. Selain itu, dia turut meminta bekas isteri agar tidak mengganggu kehidupan kerana dia bebas menentukan dengan siapa dia mahu berpasangan atau berkahwin.



No comments

Powered by Blogger.
a