Header Ads

Farawahida terkandas di minggu ke 6 Gegar Vaganza



FARAWAHIDA
Source : Utusan Online 



Farawahida, penyanyi yang terkenal dengan albumnya lagu 'Tanpamu', gagal ke separuh akhir Gegar Vaganza musim ke-5 (GV5) apabila pengacara umum dia tersingkir pada konsert minggu ke 6 malam tadi.

Farawahida menyanyikan lagu Ayat-ayat Cinta mendapat markah terendah daripada dua juri professional iaitu Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim pada konsert malam tadi yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Juri tetap GV5, Datuk Ramli MS mengatakan bahawa penyanyi ini melakukan banyak kesalahan dan kedengaran sumbang.

Penyanyi ini mengakui dirinya agak gementar sehingga membuat kesilapan. Dia juga redha dengan keputusan yang ada.

Dalam pada itu, lapan peserta lain mara ke peringkat seterusnya dan berusaha merebut gelaran juara yang bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.


No comments

Powered by Blogger.
a