Header Ads

(GAMBAR) Persandingan Kali Ke-2 Dato' Fazley Yaakob dan pasangan




Dato' Fazley Yaakob bersama isteri tercinta, Datin Azrene Soraya Ahmad bersanding semula selepas 13 tahun menjalin kasih, cinta dan sayang sebagai suami dan isteri serta telah dikurniakan empat cahaya mata. Dia juga mengalu-alukan semua untuk melihat majlis tertutup mereka yang bertemakan taman di hashtag #fazrene13 di laman Instagram dengan jemputan seramai 250 orang.

Mungkin ada yang bertanya, mengapa perlu ada persandingan kedua? Apakah tidak cukup majlis perkahwinan yang berlangsung 13 tahun dahulu sementelah mereka bahagia menjalani kehidupan berumah tangga.
Bukan sekadar mahu memberikan kenangan indah kepada isteri tersayang dan keluarga yang dikasihi, majlis yang berlangsung itu sebenarnya lebih kepada menyempurnakan amanat terakhir arwah bapa Fazley, Datuk Yaakob Mohammad yang menghembuskan nafas terakhir dua tahun lepas.
“Masih kuat dalam ingatan saya, seminggu sebelum arwah ayah meninggal dunia, dia pegang tangan saya dan isteri dan berpesan, bila masa mengizinkan, bersandinglah semula.
“Saya pilih tarikh ini sempena ulang tahun ke-40 saya. Semoga malam ini memberi kenangan dan memori indah untuk setiap daripada kita. Tutup tirai cerita yang berlaku 13 tahun lalu dan mulakan hidup yang lebih bahagia.
“Alhamdulillah, saya lega. Pagi sebelum majlis, kami ziarah kubur arwah dan bagi tahu hajatnya sudah dilaksana. Hati saya tenang,” kata cef selebriti dan penyanyi popular ini.
Diusik soalan, tidakkah dia dan isteri gementar untuk kembali duduk di pelaminan, seraya memandang manja isterinya, Fazley mengakui, dia sangat gugup dan berdebar untuk bersanding semula.
Bukan tidak pernah bersanding sebelum ini, namun jelas Fzaley, memori 13 tahun dahulu seakan-akan sudah terpadam dalam mindanya dan dia mahu kembali menyuntik memori indah baharu dalam benak dirinya dan isteri.
“Macam kali pertama naik pelamin. Sejujur, saya tak ingat apa yang berlaku 13 tahun lepas. Mungkin kerana kami semua terlalu tertekan dengan keadaan ketika itu sehingga memori itu terpadam.
“Malam ini kita mahu meraikan rakan media dan kawan-kawan baik saya yang selama ini memberi sokongan kepada saya. Saya mahu beri yang terbaik untuk isteri dan anak-anak,” katanya sambil menghadiahkan senyuman.
Pasangan sama cantik sama padan ini bernikah pada 7 November 2005 dan dikurniakan empat cahaya mata, Ahmad Fariedz Shah yang lebih mesra disapa Payish, 10; Ahmad Fieradz Shah (Piyash), 9; Ahmad Firudz Shah (Piyush), 7; dan Alayna Selma , 1.

























Sumber : Instagram Dato' Fazley


















No comments

Powered by Blogger.
a