Header Ads

(GAMBAR & VIDEO) 'Sweet tahap potong kaki' pelakon Syukri Yahya Sambut Anniversary di Korea!



Pelakon kesukaan ramai, Syukri Yahya bersama isteri cinta menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-3 nun jauh di Korea. Menerusi gambar dan video yang baru dimuat naik oleh Syukri Yahya di laman Instagram peribadinya, dia meletak caption video tanda penghargaan kepada isterinya yang tercinta, Tya Adnan. 

Pasangan ini membina mahligai perkahwinan pada tahun 2015 lalu dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aairaa Ameena yang kini berusia 2 tahun. Si kecil Aairaa Ameena juga ikut sama terbang ke Korea. Oleh sebab terlalu sweet video yang dimuat naik oleh Syukri Yahya, ini telah mendapat perhatian pengikut di Instagram mereka dengan komen 'Happy Anniversary' di samping mendoakan kesejahteraan rumahtangga mereka berkekalan sampai bila-bila.








Pelakon terkenal drama 7 hari mencintaimu dan 'Andainya Takdir 1 dan 2', Syukri Yahya
menunjukkan romantiknya dia dengan meletak caption video yang dimuat naik dengan lirik lagu Always On My Mind nyanyian Elvis Presley.  


Sumber : Instagram Syukri Yahya & Tya Adnan










No comments

Powered by Blogger.
a