Header Ads

"Gerak Khas" Lakonan Norman Hakim dan Abby Abadi Akan Kembali?





Supt Haris dan ASP Aleeza Bakal Kembali ?


Baru-baru ini, menerusi laman sosial Instagram milik Norman Hakim ada muat naik gambar dia bersama pengarah Datuk Yusuf Haslam dan dalam "caption" gambar tersebut Norman Hakim menyatakan yang dia disuruh siap sedia oleh Datuk Yusuf Haslam untuk penggambaran drama Gerak Khas musim baru yang digemari ramai suatu ketika dulu. 


Sejak tahun 1999 sehingga kini Gerak Khas masih bertahan di kaca TV dan khabarnya,bukan dia seorang disuruh siap sedia untuk penggambaran, malahan pelakon utama heroin drama Gerak Khas musim dulu juga turut dilamar oleh Datuk Yusuf Haslam iaitu Abby Abadi yang memegang watak sebagai Inspektor Aleza. Keterujaan peminat yang membaca "caption" tersebut seakan-akan sangat menanti kehadiran dua pelakon ini, Norman Hakim dan Abby Abadi bergandingan di dalam filem/drama Gerak Khas musim baru.

Ini reaksi netizen di ruangan komen yang menunggu dan merindukan gandingan dua pelakon ini.





Abby Abadi turut memberi respon dengan memuat naik gambar di Instagram dengan "caption" tentang lamaran Datuk Yusuf Haslam untuk Geras Khas Musim Baru. Dia merisaukan fizikalnya kerana ingin lebih kurus seperti dulu dalam Geras Khas musim sebelum ini.






Kedua-dua mereka belum memberi kenyataan yang jelas tentang penerimaan pelawaan itu.

Adakah mereka akan betul-betul digandingkan dalam filem/drama Gerak Khas nanti? Kena tunggu..............

Sumber : Instagram Norman Hakim dan Abby Abadi


No comments

Powered by Blogger.
a