Header Ads

Ibu campak bayi keluar tingkap, terjun dari rumah terbakar


Rela terpaksa apabila seorang ibu terpaksa campak bayinya dari tingkat tiga kediaman mereka yang terbakar. Namun bayi tersebut berjaya disambut seorang lelaki yang kebetulan berada di bawah apartmen tersebut yang terletak di timur-laut Dallas, Amerika Syarikat (AS).

Byron Campbell menjadi hero apabila menyelamatkan mangsa kebakaran. Shuntara Thomas dan bayinya dari kebakaran tersebut. Kejadian berlaku pada pukul 7 pagi waktu tempatan. Sebuah rakaman video menunjukkan Campbell sedang menunggu di bawah apartmen yang sedang terbakar.

"Saya pergi ke arah tingkap dan saya lihat ada seorang wanita di tingkat tiga memegang bayinya dan menghulurkan ke luar tingkap. Dia merayu agar saya menyambut bayinya. Saya agak gementar untuk menunaikan permintaannya ketika itu," kata Campbell.

Campbell yang juga salah seorang penduduk di apartmen tersebut berkata: "Selepas dia mencampakkan bayinya saya menyambut dan mendakap bayi tersebut." Ibu kepada bayi tersebut turut berterima kasih kepada Campbell di atas pertolongannya itu.

"Mencampak bayi saya dan akan disambut oleh orang awam yang saya tidak mengenalinya, tetapi, saya amat berterima kasih kepadanya kerana tanpa dia nyawa anak saya dalam bahaya," katanya.

Kira-kira enam mangsa termasuk bayi berjaya menyelamatkan diri dengan terjun melalui tingkap. Beberapa mangsa turut terjun ke atas tilam kecemasan yang sudah disediakan di bawah apartmen tersebut.

Walau bagaimana pun, bangunan tersebut tidak dapat diselamatkan dan terbakar sepenuhnya. Pasukan Bomba dan Penyelamat Dallas sedang mengenal pasti punca kebakaran itu.

Sumber : metro.co.uk

No comments

Powered by Blogger.
a