Header Ads

Jamal Abdillah 'melamar' Wany Hasrita ?


www.mstar.com.my

Penyanyi Wany Hasrita terkejut apabila penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah meluahkan hasrat untuk bekerjasama dengannya sebagai pasangan duet untuk lagu terbaru. 

Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, berkata dia sememangnya sudah lama berharap untuk menjadi pasangan duet kepada Jamal Abdillah kerana dari dulu lagi bila ada yang bertanya siapa pasangan yang dia ingin gandingkan adalah Datuk Jamal Abdillah.

Impian Wany Hasrita tercapai apabila Jamal Abdillah sudah melamar dia sebagai pasangan duet kepada penyanyi 'legend' itu. 

Namun, penyanyi lagu Menahan Rindu ini mahu membuat persiapan dan memperbaiki kelemahan dalam nyanyiannya terlebih dahulu.

"Saya tidak rasa kerjasama itu akan ada dalam masa terdekat. Mungkin tahun depan atau tahun seterusnya.

"Sebab belum ada perbincangan apa-apa antara pihak saya dan pihak dia. Tapi apa-apa pun, saya perlu buat persiapan dan perbaiki kelemahan dalam nyanyian.

"Saya perlu ada peningkatan sebelum kerjasama dengan dia. Sekarang ini, saya ada juga masuk kelas vokal dan ada perancangan untuk masuk kelas persembahan juga," ujarnya.

No comments

Powered by Blogger.
a