Header Ads

JAUHI 5 TABIAT INI YANG BOLEH BUAT ORANG LAIN MENYAMPAH!

Kadang-kadang sebab tiada 'common sense' dalam diri terhadap orang sekeliling tentang apa yang mereka suka dan tak suka tentang anda, boleh membawa pada kesan buruk pada diri anda kelak!


Pernah tak anda berasa pelik kenapa ada diantara teman atau kenalan yang kurang mesra dengan anda?
“Eh apa pula salah aku, tak buat apa lagi dah jeling-jeling semacam” atau “Semalam okay jer cakap dengan aku tapi hari ini pandang pun tak nak.”
Perasan atau tidak kemungkinan ada tingkah laku yang kita buat orang lain rasa jengkel. Ini daripada pendapat dan pengalaman dari penulis sendiri. Jadi hati-hati ya…

#1 Bercakap terlalu kuat

Lihat dahulu situasi sekeliling, tak perlu rasanya melontarkan suara anda dengan kuat. Bayangkan sedang menonton televisyen tiba-tiba sahaja beri reaksi yang keterlaluan. Memang kacau daun mood orang lain. Perlahankan suara anda lebih lagi apabila berada di tempat awam. 
Foto – Google

#2 Selalu nak betul

Tak perlu rasanya untuk anda memperbaiki setiap kesilapan dan ada pula yang suka untuk mencari kesalahan orang lain. Lama-kelamaan ramai teman berbual kamu akan menjauhkan diri. Pertimbangkan samada ia kesalahan yang besar atau hanya kecil untuk diperbetulkan. Cuba dengar juga pendapat orang lain, semua benda nak betul memang orang menyampah lah. 
Foto – rd.com

#3 Tak berhenti bercakap tentang diri sendiri

Non-stop bercerita perihal anda cukuplah, tiada siapa nak tahu. Pernah tak anda terfikir ada ke orang nak peduli tentang masalah tempat kerja atau drama yang berlaku dengan kekasih kamu. Tak semua perkara hanya tentang anda, beri peluang pada orang lain juga untuk berbicara. 
Foto – Scary Mommy

#4 Suka merungut

Jika semua benda anda nak merungut, tiada siapa mahu mendengar dan peduli. Jangan jadi keanak-anakkan sangat dan perlekehkan tentang perkara yang kecil.
Foto – energeticmagic.com

#5 Merengus tidak kira masa

Tabiat ini bukan sahaja buat orang menyampah, malah orang takut untuk mendekati anda. Jangan tanya kenapa tiada siapa mahu menegur sebab tabiat merengus boleh beri pelbagai persepsi. Cubalah maniskan sedikit muka anda dan tukar dari hembusan rengusan dengan ucapan seperti ‘ya tuhan’ atau tarik nafas panjang. 
Foto – Mirror

#6 Mencelah perbualan

Sikap seperti ini dianggap seperti penganggu dan agak kurang ajar. Paling tak kena apabila mencelah dengan topik yang tidak ada kena mengena. Tunggu masa yang sesuai kalau anda ingin turut bersama dalam perbualan tersebut. 
Foto – AstrologyBay
Benar seperti diawal tadi anda tak perlu menjaga hati semua orang tapi ingatlah jika kita dapat jaga 1 hati Insha Allah ia akan dibalas berpuluh kali ganda. Sabar jelah… 

No comments

Powered by Blogger.
a