Header Ads

JHO LOW TIPU KERAJAAN SEJAK 2 TAHUN LALU

Datuk Tajuddin Abdul Rahman (Ahli Majlis Tertinggi Umno) berkata beliau sudah dapat merasakan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low telah menipu kerajaan sejak dua tahun yang lalu berhubung skandal 1 MDB.

Beliau turut menambah telah memberikan nasihat kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya menyelesaikan skandal tersebut  namun tidak diendahkan. Beliau sebagai ahli parti dan juga pemimpin telah merasa bertanggungjawab untuk memberitahu Datuk Seri Najib ketika itu. Disamping itu, beliau telah mendesak untuk di ambil tindakan kepada pengurusan MDB dan juga ahli lembaga pengarah kerana banyak transaksi 1MDB adalah tidak mengikut peraturan.

Daripada maklumat yang diterima, Jho Low merupakan pemain utama dan bayaran yang dibuat oleh 1 MDB kepada Aabar Investment (sekarang IPIC) dilakukan oleh orang-orang tertentu, Jho low dengan kerjasama pengurusan 1MDB.

Dan Hari ini, Najib telah mengaku kerajaan pimpinannya ditipu Jho Low yang juga telah didakwa perancang skandal 1MDB. Najib turut menambah yang hubungannya dengan Jho Low hanyalah atas dasar prodfesional semata-mata untuk meningkatkan ekonomi negara.

Kini, kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu berusaha untuk menjejaki Jho Low kerana itu juga yang dimahukan oleh keseluruhan ahli Umno. Dalam perkembangan lain, Tajuddin berkata pihaknya telah menghantar permohonan kepada pihak polis bagi menganjurkan himpuan membantah Konvesyen Antarabanga Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang akan diadakan 8 Disember depan.

No comments

Powered by Blogger.
a