Header Ads

KENAPA NAFAS ANDA BERBAU ? HAAAA JOM BACA....


Nafas atau mulut berbau yang tidak menyenangkan seseorang disebut halitosis dalam istilah perubatan. Nafas atau mulut berbau boleh dialami oleh semua orang terutamanya sejurus bangkit daripada tidur atau selepas mengambil makanan atau minuman yang berbau. Nafas berbau boleh mengakibatkan seseorang merasa malu dan rendah diri. Keadaan ini juga boleh mengganggu hubungan anda semasa berkomunikasi secara dekat dengan orang.
Apakah punca nafas atau mulut berbau?
Lazimnya terjadi akibat dari tindak balas bakteria dengan makanan yang tertinggal di dalam mulutHalitosis biasanya berlaku pada saat bangun tidur kerana pada waktu itu pH air liur lebih berasid, kurang aktiviti mengunyah dan bercakap menyebabkan persekitaran mulut amat sesuai untuk aktiviti pembiakan bakteria. Bakteria ini merembeskan hasil perkumuhan yang terdiri daripada asid dan juga sulfur (Volatile Sulfur Compounds -VSCs) yang menyebabkan bau kurang enak atau busuk.
Kebanyakkan bakteria ini bersifat anaerob (hidup tanpa oksigen). Oleh sebab itulah kebanyakkan bakteria ini hidup di kawasan yang susah dibersihkan seperti celah-celah gigi, gusi, lidah dan di celah-celah gigi palsu.
Sakit hati dan segan nak bercakap dengan orang sebelah-menyebelah bila jadi macam ni. Kalau mulut berbau di awal pagi itu memanglah normal. Tapi, ini tidak.
Namun, tahukah anda apa puncanya mulut berbau meskipun sudah berkali-kali berus gigi?

RUPANYA INI 9 PUNCA MULUT BERBAU, WALAUPUN RAJIN BERUS GIGI


1. KAFEIN

Elak kopi sebelum tidur. Begitu juga makanan pedas atau merokok kerana ia menyebabkan mulut kering sewaktu tidur dan menjadikan mulut busuk.
Foto Kredit : www.sciencenews.org

2. TIDAK BERUS LIDAH

Permukaan lidah menyimpan banyak bakteria. Bersihkan lidah dengan berus gigi atau tongue scraper.
Foto Kredit : iluminasi.com


3. MAKAN BANYAK PROTEIN

Apabila makan banyak protein, kompaun dipanggil kerotene akan terhasil sewaktu proses pembakaran lemak untuk menghasilkan tenaga. Kerotene ini membuatkan mulut berbau.

Foto Kredit : rintz-palil.blogspot.com

4. MASALAH KESIHATAN

Demam dan selesema boleh menyebabkan mulut berbau. Ini disebabkan oleh bakteria memakan cairan selesema dan menghasilkan bau busuk.
Hidung tersumbat juga boleh menyebabkan nafas berbau kerana mulut cepat kering.

Foto Kredit : www.wom.my

5. ULSER MULUT & SAKIT GUSI

Bakteria Helicobacter pylori penyebab ulser ini menyebabkan mulut berbau. Ambil antibodi yang sesuai untuk membunuh bakteria ini.
Selain ulser, ia juga disebabkan oleh sakit gusi. Di antara tanda-tanda penyakit gusi ialah:
  • Gusi bengkak atau bernanah
  • Gusi yang senang berdarah
  • Gigi bergoyang
  • Gigi sensitif
  • Sakit pada gigi semasa mengunyah
  • Terdapat karang gigi
Doktor gigi boleh merawat penyakit gusi dan membersihkan gigi anda dari plak dan karang gigi dan ini seterusnya boleh menghilangkan bau pada mulut anda.

Foto Kredit : www.utusan.com.my

6. TONSIL

Tonsil pada tekak juga menyebabkan mulut berbau. Kumur dengan air garam untuk membuang bakteria yang melekat pada tonsil.


foremanent.com.au


7. MAKANAN BERGULA

Bakteria dalam mulut memang suka makanan tinggi gula seperti snek dan manisan. Selain itu, biasanya buah-buahan kering juga senang terlekat pada gigi sehingga menjadi punca mulut berbau.
Kenalah kurangkan makan makanan ini.
Foto Kredit : foremanent.com.au

8. MASALAH PEDIH ULU HATI

Gastrik atau ‘angin’ dalam perut boleh menyebabkan penyakit pedih ulu hati.
Penyakit ini menyebabkan mulut mudah berbau. Dapatkan rawatan daripada doktor untuk atasi masalah ini.
Foto Kredit : www.buatbunda.com

9. GIGI BERLUBANG

Sisa makanan berkumpul dalam lubang gigi. Secara tak langsung, bakteria juga berkumpul dalam lubang ini sehingga menyebabkan gigi rosak dan nafas berbau.
Lubang yang dalam ini juga memang tempat bagi bakteria anaerob membiak.

Foto kredit : http://www.bestchinanews.com











No comments

Powered by Blogger.
a