Header Ads

Kesinambungan usaha mencari mangsa dan kotak hitam kedua tragedi pesawat Lion Air JT610



Source : https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2018/11/493570/indonesia-beri-tumpuan-cari-kotak-hitam-kedu

Pada 1 November lalu, sebahagian kotak hitam pesawat Lion Air yang terhempas Isnin lalu telah ditemui di dasar laut kedalaman 30 meter, iaitu 500 meter dari koordinat pesawat itu dilaporkan terhempas. Tambahan lagi, terdapat bersama-sama bangkai pesawat juga ditemui oleh TNI. Walau  bagaimanapun, hanya perakam data penerbangan (FDR) sahaja ditemui, perakam suara kokpit (CVR) masih belum ditemui oleh pasukan penyelam tentera Indonesia (TNI).

Kotak hitam pesawat itu mengandungi FDR (yang merekodkan percakapan di dalam pesawat) dan CVR (yang merekodkan percakapan juruterbang dan pembantu juruterbang di kokpit).

Menurut penyelam, anggota badan yang ditemui semakin berkurangan dan mungkin ada yang telah dibawa arus. Selain itu, ada penumpang mungkin masih terikat di tempat duduk pesawat. Ada tragedy juga dalam usaha kerja mencari anggota tubuh mangsa dan serpihan pesawat dalam nahas pesawat Lion Air, seorang penyelam meninggal dunia kerana mengalami dekompresi.

Pihak berkuasa Indonesia membuat keputusan melanjutkan tempoh pencarian mangsa dan kotak hitam kedua yang masih belum ditemui. Ketua agensi mencari dan menyelamat (BASARNAS) telah memutuskan tempoh lanjutan selama 3 hari lagi bermula hari ini.

Semoga usaha ini dipermudahkan semuanya.

No comments

Powered by Blogger.
a