Header Ads

KHABAR ANGIN ANGGOTA BOMBA DIPUKUL SEHINGGA MATI KETIKA RUSUHAN PALSU

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menafikan dakwaan anggotanya Muhammad Adib Mohd Kassim meninggal dunia ketika rusuhan berkaitan pemindahan kuil di Subang.

Jabatan menganggap berita yang tular di media sosial menyangkal dakwaan tersebut dan ia adalah tidak benar sama sekali, hal ini kerana Muhammad Adib masih dirawat si Pusat Perubatan Subang Jaya.

Jurucakap jabatan berkenaan turut memuat naik status di twitter untuk makluman pengguna media sosial.

Source: Bomba's twitter

Mangsa, anggota Unit Bantuan Perkhismatan Kecemasan (EMRS), patah tulang rusuk dan mengalami kecederaan dalaman akibat diserang kumpulan perusuh.

Lapor Berita Harian, Ketua Pengarah JBPM berkata Muhammad Adib dikatakan ditarik sekumpulan perusuh ketika pasukannya berundur dari Kuil Sri Maha Mariamman.

Kehilangan anggota telah disedari setibanya pasukan itu di balai bomba dan penyelamat Subang Jaya.

Sementara itu, tunang mangsa mengakui beliau “tak kuat” dan berharap mangsa segera sembuah dan meminta orang ramai “hentikan (sebar) yang bukan-bukan.”

No comments

Powered by Blogger.
a