Header Ads

LAGI! KES DERA SAMPAI MATI

Gambar sekadar hiasan
Kes penderaan terhadap kanak-kanak kian mendadak tahun ini sehingga mengakibatkan kematian. 
Terkini, kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut ketika dirawat di Hospital Ampang, di sini tengah hari semalam dipercayai akibat didera.
Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Hamzah Alias, berkata kanak-kanak itu mengalami patah tulang belakang kepala, selain banyak kesan lebam pada muka dan badan.
“Ibu dan bapa tirinya menghantar mangsa ke Jabatan Kecemasan Hospital Ampang kerana tidak sedarkan diri. Mangsa didapati mempunyai banyak kesan luka dan lebam di muka, perut, dada serta bahagian belakang.
“Selepas 30 minit dirawat, mangsa meninggal dunia sebelum pegawai perubatan yang merawatnya membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, pasangan berkenaan meninggalkan hospital sebaik menghantar mangsa ke hospital.
“Kedua-duanya dipercayai melarikan diri dan pihak kami sedang giat memburu mereka,” katanya.
Hamzah berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sumber : Berita Harian

No comments

Powered by Blogger.
a