Header Ads

"Lupa Lirik & Nyayi Out of Tune Boleh Masuk Final? Memang Zamani Ke Wajib Juara GV5?" – Ogy Ahmad Daud


Lepas satu persatu perkara melanda penyanyi yang disegani ramai, namun Zamani akhirnya dapat melangkah je peringkat akhir Gegar Vaganza 5. Malam tadi di Konsert Gegar Vaganza, terdapat rakan artis iaitu Ogy Ahmad Daud siapa tak kenal sememangnya lantang bersuara memberi komen berbaur tidak puas hati menerusi laman Facebook. 

Menerusi status itu, Ogy mempersoalkan kemaraan Zamani ke peringkat akhir rancangan itu walaupun beberapa kali lupa lirik dan gagal menyanyi dengan betul. Perkongsian Ogy bagaimanapun menerima pelbagai respon daripada pengguna Facebook yang rata-rata kurang senang dengan pendapat itu.








Netizen juga memberi komen menerusi laman Twitter tentang Konsert GV5 malam tadi




Sementara itu di Twitter, netizen bersetuju dan berpendapat Zamani sebenarnya tidak layak mara ke peringkat akhir berdasarkan persembahannya yang kurang memuaskan itu.

ULASAN JURI TETAP DI SIDANG MEDIA GV5

Juri tetap Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah ibrahim tampil memberikan alasan kukuh mengapa penyayi itu layak ke peringkat akhir.

Lagu kedua selamatkan Zamani



Menurut Datuk Ramli MS, lagu Di Matamu nyanyian Zamani pada persembahan kedua telah menyelamatkan dan melayakkan penyanyi itu ke peringkat akhir.
Penjurian malam ini berdasarkan 2 lagu. Dia hilang 65% markah dari saya pada persembahan lagu pertama, saya bagi 35% dan itu antara markah paling rendah yang saya bagi jika dibandingkan dengan peserta lain.
Tapi bila dicampur dengan markah persembahan kedua, ia jadi sangat tinggi. Hampir semua juri bagi markah yang tinggi untuk persembahan kedua dan akhirnya Zamani dapat tempat ke lima.

PERSEMBAHAN KEDUA ZAMANI KONSERT GV5



ULASAN ZAMANI, "Saya Expect Tak Masuk Final" - Zamani Terkajut Diumum Layak Gegar Vaganza Akhir





No comments

Powered by Blogger.
a