Header Ads

MENU YANG SEDAP DI MAKAN KETIKA MUSIM HUJAN

Hujan-hujan ni mesti duduk rumah je kan even time cuti melainkan dah rancang awal dari awal tahun lagi, hujung tahun nak bercuti.. Tapi, hujung tahun mesti hujan lebat , kalau tak ada plan mesti nak duduk rumah, kemudian makan, sebab bila hujan je lapar. Betul tak?hehe.
Baiklah admin nak share sikit makanan yang bila time hujan je orang mesti cari..

1. CUCUR UDANG/CEKODOK

Cucur udang ataupun pelbagai jenis cekodok seperti cekodok pisang/bilis/bawang dan sebagainya memang sedap dinikmati apabila waktu hujan, nak-nak pula digoreng panas-panas dan terus di makan. Kebiasaannya memang susah nak cari orang meniaga ketika hujan, jadi makanan cucur memang mudah dan senang juga nak sediakan, nak cari bahan-bahan pun mudah.
2. LEMPENG PISANG BERANGAN
Yang tengah bekerja di pejabat tu jangan terliur pula ya, dapat lempeng pisang di pejabat memang laju je buat kerja sebab dapat semangat baru. Nak buat lempeng pun tersangatlah mudah, yang tak ada idea nak masak minum petang boleh cuba buat lempeng pisang berangan.
3.PULUT IKAN MASIN
Bukan orang tua je makan pulut ikan masin ni, ramai juga orang muda yang meminati pulut dengan ikan masin. Makan pula dengan kopi o, ada ubi kayu sekali pun ngam! Pulut ikan mesin bukan leceh sangat, cuma nak kena biasakan tanak pulut, sebab dia tak macam nasi. Bagi yang tak biasa makan tu boleh cuba buat dekat rumah, tanak pulut gaul kan dengan kelapa muda, kemudian makan dengan ikan masin goreng memang sedap.
4.SUP
Sup bukan sahaja sedap di makan dengan nasi, cecah roti atau biskut, makan dengan aneka mee pun sedap. Sup juga sangat bagus untuk memanaskan badan, dan sangat sesuai untuk orang yang tak berapa sihat. Jadi tak hairanlah ramai yang lebih memilih untuk masak sup ketika hujan.
5.MEE SEGERA/RAMEN
Mee segera/ ramen adalah pilihan yang paling ramai orang suka. Bila lapar nak keluar pun malas jadi jalan segera adalah menikmati mee segera/ramen. Bukan sahaja senang di masak, cepat dan membangkitkan selera itu sudah pasti dan mesti ada di setiap rumah.

No comments

Powered by Blogger.
a