Header Ads

Mesin basuh pun basuh baju tak bersih malahan ada sisa terlekat pula! Apa yang perlu dibuat ni ?








Perasan tak bila kita basuh baju tetapi tak bersih sepenuhnya, malah ada sisa kotoran melekat macam tisau atau kertas pada baju tersebut. Ia jelas kelihatan pada baju warna hitam.

Itu tandanya, mesin basuh anda sudah kotor dan perlu dicuci segera. 

Suri rumah selalu mengalami keadaan ini bukan? Apa yang berlaku ini adalah berkemungkinan dari kekotoran yang melekat di belakang tabung yang mana juga perlu dicuci.

Bagaimana pun tak ramai antara kita tidak tahu bagaimana membersihkan mesin basuh walaupun hari-hari menggunakannya.

Tak perlu membuka bahagian dalamnya kerana anda hanya perlu menekan butang yang ada mesin basuh untuk membersihkannya.

Perkara ini dikongsi dalam Facebook Panda Bekki@Bengkel DIY. Ini cara pembersihan tangki mesin basuh muatan atas yang perlu diketahui oleh suri rumah.


 
LANGKAH 1
Cabut penapis yang ada didalam tangki cuci sebersih-bersihnya dan pasang semula.



LANGKAH 2
  • Pilih program atau course atau mode "TUB CLEANING". Jika tiada pilihan tersebut, pilih "SOAK".
  • Sekiranya tiada juga boleh pilih mana-mana "course" cuma pastikan pilih cycle "wash" SAHAJA.
  • Pastikan "WATER LEVEL" adalah tahap maksima dan tekan " START"
Nota: Pastikan anda tidak memasukkan apa-apa pakaian didalam mesin basuh. Biarkan ianya dipenuhi air semata-mata.



LANGKAH 3

Bila air 1/3 penuh, letak bahan pencuci bersesuaian. Ini antara produk yang ada di pasaran. Pastikan ia mengandungi:
  • SODIUM PERCARBONATE atau SODIUM CARBONATE (300Gram)
  •  Sodium Borate (Borax) ( 300Gram )
  • 140 Gram Soda ( RM3.00 ) dicampur bersama cuka putih 750ML ( RM2.50) yang telah dicampur dalam bekas lain sebelum dimasukkan kedalam mesin.
  • Pencuci jenama apa-apa yang ada bahan BICARBONATE. Pastikan bancuh sebelum memasukkan dalam mesin (300Gram)
  • Tidak meletakkan apa-apa pun boleh juga , cuma kurang efektif kerja pencucian tersebut.


LANGKAH 4
  • Jika anda memilih mode pembasuhan butang TUB CLEANING atau SOAK kerja anda lebih mudah. Anda hanya perlu menunggu ia siap saja.
  • Jika memilih mode pembasuhan WASH sahaja, selepas mesin telah siap cycle 3 minit, biarkan mesin terendam selama sejam.
  • Selepas sejam pilih mode ini :"Wash" 8 minit, "Rinse" 2 kali, "Spin"1 minit.
  • Pastikan selepas mode tersebut siap tiada keladak yang tinggal di dalam dasar tangki. Jika masih ada cuci filter terlebih dahulu dan ulangi langkah wash, rinse dan spin sehingga tiada kesan keladak tertinggal.
  • SIAP.


NOTA

1. Sebelum melakukan kerja pencucian drum ini pastikan kerja-kerja membasuh telah siap, sebab memakan masa yang lama (anggaran 2 jam).
2. Pastikan bahan-bahan yang saya cadangkan itu sesuai dengan mesin anda. Baca manual mesin terlebih dahulu sebelum melakukan proses ini.
3. Kalau tidak yakin dengan bahan ini , cari di pasaran bahan khas untuk mencuci bahagian DRUM tersebut. Anda lebih yakin.


Sumber Facebook Panda Bekki

No comments

Powered by Blogger.
a