Header Ads

Minuman 3-in-1 ternyata pembunuh dalam diam


Menjadi rutin setiap hari bekerja mesti awal pagi nak pekena minuman 3 in 1 kan ? Tak kira lah sama ada coffee, milo, teh dan sebagainya. Sebab apa ? Mudah, cepat dan sedap. Tetapi ramai belum menyedari yang setiap pek minuman 3-in-1 itu mengandungi lebih dari 3 sudu gula. Bagi orang dewasa, purata pengambilan gula tambahan yang disarankan adalah tidak melebihi 10 sudu teh sehari (50g). Dan rakyat Malaysia secara purata pengambilan gula sebanyak 24 sudu dalam sehari! Berikut merupakan perkongsian yang cukup penting untuk memberi kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia.




AWAS!


Minuman 3 in 1 boleh mendatangkan bahaya kerana minuman ini sebenarnya mengandungi gula yang berlebihan dalam setiap hidangan, iaitu lebih dari 3 sudu teh gula. Namun, kita tak sedar minuman ini terlalu manis kerana ditenggelamkan oleh rasa pahit kopi. Kekerapan minum minuman 3 in 1 akan menyebabkan keadaan diabetes. 




Bahaya Minuman 3-in-1 Yang Kita Wajib Tahu!
Mengikut Pensyarah Program Diatetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, bahaya minuman 3 dalam 1 kepada kita ialah:
1. Minuman 3 in 1 mengandungi lebih dari 3 sudu teh gula dalam setiap pek.
2. Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit di dalam minuman 3 in 1 tersebut.
3. Minuman 3 in 1 menggunakan krimer bukan tenusu, yang dihasilkan daripada minyak kelapa sawit, iaitu sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan.

4. Minuman 3 in 1 turut mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi), dan menyukarkan tidur pada waktu malam.


5. Setiap pek minuman 3 in 1 mengandungi sehingga 200 kalori.


6. Jumlah 200 kalori itu sama dengan 2 keping roti atau sepinggan nasi.


7. Jika di ambil 3 paket minuman 3 in 1 sehari, ia bersamaan 600 kalori, sekaligus menyumbang kepada berat badan berlebihan.


8. Bagi minuman 3 in 1 yang dikatakan membantu meningkatkan tenaga, kandungan seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana ianya mahal dan sukar untuk diperolehi.




No comments

Powered by Blogger.
a