Header Ads

Monyet terkam bayi ketika menyusu sehingga maut




Di India, seorang bayi yang berusia 12 hari maut selepas diculik dan dibunuh seekor monyet. Kejadian berlaku di pekan Runkata di pinggir Agra, lokasi menempatkan monumen paling terkenal di India, Taj Mahal. Pegawai polis yang betugas di balai polis Sikandra, Ajay Kaushal berkata, sekumpulan monyet masuk ke rumah mangsa dan merampas bayi itu yang sedang disusukan ibunya sebelum membawa bayi itu lari dari rumah tersebut.

Monyet terbabit telah menggigit kepala bayi malang berkenaan dan meninggalkan mangsa apabila dikejar orang ramai bersenjatakan kayu dan batu. Bayi tersebut berlumuran darah dan terus dikejarkan ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia sejurus tiba.

Banyak monyet berkeliaran di kawasan sekitar itu adalah disebabkan kemusnahan habitat asal akibat pembangunan berleluasa. Hal ini menyebabkan monyet tersebut semuanya semakin agresif.

“Monyet ini berkeliaran di Agra. Ia boleh dilihat di kesemua lima stesen kereta api di bandar, hopital, hotel dan jalan raya. Semua mahu mencari makanan tetapi pada masa sama turut menyerang orang ramai,” katanya. Terdapat mangsa lain juga diserang sekumpulan monyet di situ iaitu dua pelancong asing yang sedang melawat Taj Mahal.

Sumber : msn news

No comments

Powered by Blogger.
a