Menurut kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri, kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebaliknya akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

“Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi ICERD.

“Kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara ini,” kata kenyataan itu di sini hari ini. 

Sumber : UTUSAN ONLINE