Header Ads

"Neelofa Sebak, Nabil Ahmad Menangis" ketika di belakang tabir MeleTOP


Foto Kredit : http://sabpicture.com

Pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew berkongsi saat-saat belakang tabir program MeleTOP pada hari Selasa lalu Bersama pengacara program itu Neelofa dan Nabil Ahmad.

Ebit diundang sebagai tetamu jemputan untuk rancangan MeleTOP yang bersiaran secara langsung pada malam tadi (Selasa).

Ustaz Ebit berkata Neelofa khusyuk mendengar kata-katanya dan bertanya soalan tentang dakwah dengan penuh hormat kepadanya. 

“Nak tahu tak sebak je atas pentas tadi. Neelofa bila dengar 'Allah sayang' nampak beliau sebak di MeleTOP.

“Beliau sebak, bergenang dan khusyuk mendengar. Subhanallah… Beliau sangat baik orangnya bertanya soalan tentang dakwah dan lain-lain dengan penuh hormat walau waktu di belakang tabir.
“Nabil pun menangis tadi bila cerita tentang kasih sayang. Allahuakbar. Terima kasih Allah kerana dapat bertemu dengan orang baik-baik,” tulisnya di Instagram.


Foto Kredit : www.instagram.com/ebitlew


Dalam perkembangan sama, Ebit turut berkongsi informasi mengenai rancangan Door To Door Ebit Lew.
Rancangan itu menyaksikan Ebit mendekati pelbagai golongan manusia untuk menyampaikan dakwah.
Rancangan Door To Door Ebit Lew ini disiarkan setiap Sabtu, jam 7.30 malam di Astro Oasis.







No comments

Powered by Blogger.
a