Ngeri! Wanita guna 'daging' teman lelaki masak beriani, polis jumpa gigi dalam 'blender'
![]() |
Machboos, hidangan tradisional negara Teluk seperti beriani. - Foto Kredit : Alamy |
Menurut laporan, pihak polis telah menemui gigi manusia di dalam 'blender' masakan wanita itu. Amat memeranjatkan lagi apabila gigi itu milik mayat tersebut selepas keputusan DNA menunjukkan kesahihan gigi milik teman lelakinya yang telah dibunuh terlebih dahulu.
![]() |
Gambar sekadar hiasan |
Wanita yang ditahan disyaki membunuh teman lelakinya dan didapati telah menjalinkan hubungan dengan kekasihnya itu selama tujuh tahun. Mengikut laporan, ada yang mendakwa kejadian ngeri ini berlaku selepas kekasihnya ada memberitahu wanita tersebut merancang untuk berkahwin dengan wanita lain.
Kematian itu terbongkar selepas abang mangsa melaporkan kehilangannya kepada pihak polis di Al Ain, Emiriah Arab Bersatu. Apabila abang mangsa pergi ke rumah pasangan itu, kemudian wanita tersebut menafikan bahawa dia mengetahui di mana teman lelakinya berada. Tambahan pula,laporan tentang kehilangan lelaki tersebut dikeluarkan pada 13 November.
Wanita itu pada mulanya menafikan jenayah tersebut tetapi kemudian mengaku melakukan pembunuhan dan menyatakan kejadian itu dilakukan tanpa sedar. Dia didakwa memberitahu pihak polis bahawa dia mahu membalas dendam selepas hubungan dengan teman lelakinya terputus. Wanita itu dikatakan telah memotong mayatnya dan menggunakan pengisar untuk menghancurkan dagingnya. Walau bagaimana pun, dia ditetapkan untuk hadir ke mahkamah.
Sumber : Mirror
Post a Comment