Header Ads

Pelakon Saharul Ridzwan mahu buktikan tiada babak bersentuhan juga boleh menang anugerah




Pelakon drama TV 'Jangan Benci Cintaku' yang begitu popular bulan lalu,Saharul Ridzwan meletakkan sasaran untuk memenangi anugerah yang dinilai oleh juri professional seperti rakan artis lain yang juga kerjaya sebagai seorang pelakon sepertinya.

Dia berpegang pada prinsip tidak bersentuhan dan berpelukan dengan pelakon wanita lain sejak tahun 2015 dan ingin buktikan pelakon yang tidak melakukan babak bersentuhan juga boleh dapat Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik.

Selain Saharul, pelakon Aeril Zafril juga salah seorang pelakon yang mementingkan isu-isu tidak bersentuhan sepanjang lakonan. 

Respon yang diberikan di laman Twitter semuanya positif kerana mereka menginginkan pelakon ini cuba watak luar biasa dan tingkatkan usaha lagi. Ini semua terjawab berkenaan persoalannya adakah pelakon yang tidak melakukan babak bersentuhan boleh memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik.










Status yang di muat naik oleh pelakon ini di laman Twitter miliknya.


Saharul berkata juga sebagai pelakon semua watak adalah ditetapkan pengarah dan produser. Namun, jauh di sudut hatinya ingin melakukan watak lebih mencabar. Tetapi, setiap apa watak yang diterima, dia lakukan yang terbaik. 












No comments

Powered by Blogger.
a