Header Ads

PELIK! Ikan isi dalamnya 'biru kehijauan' dijumpai nelayan


Anda pernah lihat isi ikan berwarna biru? Apa nama ikan ini agak-agaknya ? Apa yang dimakan oleh ikan ini sehingga isi daging di dalam ikan ini berwarna biru ? Lawa pula warna biru kehijauan ni. Pelik tapi benar. Ikan ini telah dijumpai nelayan awal November lalu. Nelayan itu menangkap seekor ikan di dasar laut. Apabila dia memotong ikan yang ditangkapnya, dia tidak menyangka yang isi daging dalamnya berwarna biru bukan sebarang biru tetapi biru kehijauan. Subhanallah...


Luar biasa terjadi dan dia segera memuat naik video yang dirakamnya ke media sosial yang menyebabkan ikan ini menjadi perbualan hangat dan menarik perhatian umum.

Dalam video itu, dapat dilihat bagaimana nelayan telah menangkap ikan uni tersebut. Seorang nelayan memegang lampu suluh dengan menggunakan sebelah tangan dan satu tangan lagi memegang tombak ikan (speargun).


Dia segera menangkap ikan yang bersembunyi di antara batu-batu. Selepas itu, dia segera kembali ke darat dan memotong ikan itu. Setelah dipotong, dia menyedari bahawa warna daging ikan tersebut berwarna biru! Benar-benar unik!
Nelayan itu berkata: “Ikan yang unik ini dipotong dan dimakan pada hari yang sama”. Video tersebut telah ditonton lebih daripada 40,000 tontonan!

Persoalannya, mengapa daging ikan ini berwarna biru? Ikan ini sebenarnya ialah ikan Lingcod, iaitu sekitar 20 peratus dari ikan-ikan ini mempunyai daging berwarna biru atau kehijauan.

Warna ini terhasil disebabkan oleh makanan yang dimakan oleh ikan itu ialah klorofil. Nelayan ini sangat bertuah!
Dan ini video dari mula menangkap ikan sehingga membelah isi ikan itu. Lihatlah.


Sumber : Lookerideas

No comments

Powered by Blogger.
a