Header Ads

PERGADUHAN DI KUIL SRI MARIAMMAN


Keganasan meletus di luar kuil Seafield Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya subuh hari ini.

Polis Subang Jaya berkata berlaku pergaduhan akibat salah faham dari dua buah kumpulan , kumpulan Kuil dan kumpulan pemaju di sekitar kuil. Punca salah faham adalah berkaitan dengan isu perpindahan kuil.

Polis IPD menasihatkan orang awam tidak berbuat apa-apa yang menyalahi undang-undang dan tidak mengambil tindakan yang terburu-buru.

Video kejadian yang menjadi viral di media sosial memaparkan sebahagian besar kumpulan tersebut terlibat dalam pergaduhan.



NST melaporkan 18 kenderaan telah terbakar.Para penganut dikatakan berada di kuil untuk menghalang perobohan kuil. Namun perbalahan dikatakan berlaku akibat campur tangan dari orang luar.

Kuil tersebut sepatutnya dipindahkan sejak 22 November yang lalu. Tanah tersebut telah dibeli oleh One City Development sejak tahun 2007 yang lalu. Pada tahun 2014, penghakiman telah memutuskan syarikat one city telah diarahkan untuk menguruskan kuil itu ke sebidang tanah, kira-kira tiga kilometer dari tempat asal. One city juga menyumbangkan RM1.5 Juta sebagai sebahagian dari jalan penyelesaian.

Walau bagaimanapun, Penganut kuli tersebut berterusan menetang usaha pemindahan kuil tersebut yang dilaporkan telah wujud sejak tahun 1891 lagi.

No comments

Powered by Blogger.
a