Header Ads

Pesawat Lion Air disahkan berkecai selepas terhempas di permukaan laut


Foto Kredit : www.bharian.com.my


Pesawat Lion Air disahkan berkecai akibat hentaman kuat selepas terhempas di permukaan laut Tanjung Karawang pada Isnin lalu.

Selepas siasatan dijalankan, pesawat itu ternyata tidak meletup di udara, sebaliknya berkecai selepas terhempas di laut akibat kelajuan tinggi dan hentaman yang kuat.

Pesawat itu meledak atau pecah (berkecai) selepas menyentuh air, serpihan-serpihan pesawat ditemui berselerakan di radius 250 meter di dasar laut.

Pencarian lagi sebahagian lagi kotak hitam iaitu CVR masih belum ditemui sehingga hari kesepuluh pada hari ini. Setakat operasi pencarian, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah menemukan serpihan pesawat, enjin, roda pesawat, barangan milik peribadi penumpang serta cebisan anggota mayat penumpang.

Tempoh lanjutan untuk mencari sebahagian daripada kotak hitam iaitu CVR masih gagal dikesan sejak dua hari yang lalu. 

No comments

Powered by Blogger.
a