Header Ads

Saksikan Bintang Minggu Ini Bersama Vivo Malaysia





Kehangatan hiburan pada hujung minggu kini diteruskan dengan program Bintang Minggu Ini, program santai terbaru! Vivo Malaysia menaja program terbaru ini yang baru disiarkan di Astro Ria minggu lepas.








Vivo tak pernah terlepas daripada menaja program sukan dan hiburan seperti Akademi Fantasia, Akademi Fantasia Megastar dan KL Fashion Week 2017. Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia, Mike Xu, berkata dengan menyertai dan menaja program ini, Vivo mampu membawa semangat sendiri kepada penonton dan penggunanya untuk menyuarakan kualiti Fesyen pada jenama Vivo yang Teknologi & Antarabangsa ini.

Sepanjang lapan episod Bintang Minggu Ini disiarkan, korang pasti tak ingin terlepas persembahan menarik serta kisah menarik penyanyi pujaan anda melalui temubual oleh sorang pelawak dan pengacara hebat yang jugak hos program ini, Jiham Musa!

Bintang Minggu Ini, program santai terbaru juga menampilkan Siti Sarah, Mark Adam, Wany Hasrita, Tajul, Haqiem Rusli, Suffian Suhaimi, Syamel dan Ernie Zakri.

Korang juga bakal ditemani kehebatan vokal Bintang Big Stage, Khai Bahar, Ara Johari, Siti Nordiana dan Misha Omar.

Nantikan jugak persembahan menarik daripada penyanyi popular Malaysia dan budak baru nak up (BBNU) daripada program Big Stage.

Jangan lepaskan peluang untuk terus menyokong dan menyaksikan persembahan penyanyi kegemaran anda di program Bintang Minggu Ini.

Bermula 25 November lalu, Bintang Minggu Ini oleh Vivo ni disiarkan pada pukul 9 malam setiap Ahad di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Kini, Vivo memperkenalkan Vivo V11i dengan harga RM1,099! Telefon pintar ini bukan saja menggunakan cip pemproses MediaTek Helio P60, malah ia mempunyai memori 4GB RAM dan storan sebanyak 128GB! Tak ketinggalan juga, telefon pintar ini jugak dilengkapi dengan skrin 6.30-inci LTPS FHD+ yang mempunyai rekaan takuk kecil berbentuk titisan air.




Bagi yang suka tangkap gambar tu, jangan risau. Vivo dah tingkatkan prestasi fotografi yang lebih berkualiti dengan sistem dwi-kamera 16MP + 5MP. Senang ceritalah kan, lepas ni korang bole mengambil gambar bokeh yang hampir sama taraf dengan jurufoto profesional.

Bagi korang yang suka selfie tu, jangan risau sebab kamera hadapan Vivo V11i ni 25 MP! Confirm dapat ambik gambar selfie yang jelas dan cantik.

Dan yang paling best, Vivo V11i ni datang dengan bateri sebesar 3315mAh yang dibekalkan dengan sokongan pengecasan pantas 18W dan pengimbas cap jari yang terletak di bahagian belakang peranti. Jadi, bateri korang akan cas 2 kali ganda lebih cepat dengan masa yang singkat!












No comments

Powered by Blogger.
a