Header Ads

Sebab Izzue Islam 'keluar' Forteen

Izzue Islam (kiri) , Forteen (kanan)
Pada Ahad malam baru-baru ini, Konsert Gegar Vaganza Final telah menobatkan Noryn Aziz sebagai juara, namun tercetus tanda tanya mengapa ketika persembahan kumpulan atau penyayi yang sudah terkeluar pada konsert sebelumnya, hos malam itu, Nabil Ahmad menyebut persembahan Izzue Islam dan Forteen yang popular dengan lagu Berdua Bersatu secara berasingan sedangkan mereka adalah di bawah satu kumpulan.

Secara tiba-tiba di acara karpet merah akhir Gegar Vaganza, penyanyi dan pelakon Izzue Islam membuat kejutan dengan mengumumkan bahawa dia menarik diri daripada kumpulan Forteen. Izzue menjelaskan punca dia keluar dari Forteen kerana sudah tidak ada persefahaman antara mereka.



“Ya. Saya memilih undur diri daripada kumpulan Forteen.
“Perkara ini sudah berlaku beberapa kali dan jalan terbaik adalah dengan keluar daripada kumpulan Forteen,” kata Izzue Islam yang ingin bergerak secara solo selepas ini.
Menurut Izzue, pengundurannya itu tiada kena mengena dengan kegagalan Forteen untuk melayakkan diri ke peringkat akhir Gegar Vaganza. Sebaliknya, dia menyedari tidak lagi sesuai untuk kekal dengan kumpulan berkenaan.
“Cukuplah sampai di sini. Saya serius dengan keputusan ini.
“Lagipun saya memang tidak layak untuk menyertai Gegar Vaganza kerana kualiti persembahan saya kurang memuaskan,” katanya.

Namun begitu, salah seorang ahli kumpulan Forteen, Ariz Lufias menganggap keputusan Izzue adalah terburu-buru dan kurang bijak kerana tiada kata sepakat dan tiada perbincangan antara mereka berempat.

Tambah mereka, “Kami sangat terkejut dan ini bukan gimik. Memang ada sedikit insiden berlaku antara kami, tetapi untuk dia buat keputusan (keluar dari Forteen) tanpa berbincang adalah sesuatu yang mengejutkan.

Ariz berkata lumrah berkumpulan akan wujud salah faham namun boleh diselesaikan dengan cara baik iaitu perbincangan dari hati ke hati untuk apa-apa ketidakpuasan hati. 

Tanpa menyatakan alasan kukuh, Izzue menganggap dirinya tidak lagi sesuai berada dalam Forteen berikutan prestasinya kurang memuaskan.

Mereka telah merancang macam-macam selepas GV5, tetapi tidak menyangka hal ini akan terjadi. Mereka juga berkemungkinan akan tambah ahli kumpulan di waktu hadapan dan tiga ahli kumpulan yang lain mempersoalkan jika Izzue menganggap dirinya sudah tiada fungsi dalam Forteen, mustahil dia mampu berada bersama mereka selama tujuh tahun.



No comments

Powered by Blogger.
a