Header Ads

Selera ikut negeri, Jom tengok negeri mana makanan PALING TAK BEST?


Terengganu


Foto Kredit : http://www.friedchillies.com

Cuba bayangkan anda dihidangkan dengan sepinggan Nasi Dagang berlaukkan kari ikan tongkol dan kuah banjir. Pasti kecur air liur dan tidak sabar-sabar lagi mahu menikmatinya.
Nasi Dagang adalah satu contoh makanan tradisi dari Terengganu. Selain daripada Nasi Dagang yang berasal daripada Terengganu, saya akan kongsikan juga beberapa jenis makanan tradisi lain yang sedap dari setiap negeri di Malaysia.

Kelantan



Foto Kredit : http://fotomodelka.info

Negeri Pantai Timur adalah antara negeri yang paling kaya dengan makanan tradisi. Kalau Terengganu terkenal dengan Nasi Dagang resepi turun temurunnya, Kelantan pula tidak kurang hebat dengan sajian Nasi Kerabu dimakan bersama budu.

Pahang



Foto Kredit : http://www.mahamahu.com

Manakala makanan tradisi Pahang pula tidak lain tidak bukan, ikan patin masak tempoyak. Kalau dapat mertua orang Pahang, bolehlah belajar resepi tradisi mereka untuk mengikat kasih sayang keluarga.

Pulau Pinang


Foto Kredit : wanberuas.blogspot.com

Foto Kredit : www.klick.my


Kita tinjau pula masakan tradisi negeri-negeri di utara. Pasti anda semua peminat Laksa Penang kan? Itulah masakan tradisi Pulau Pinang yang juga popular dengan sajian pasembor mereka.



Kedah


Foto Kredit : salamisimon1.blogspot.com

Di negeri jelapang padi pula, Gulai Batang Pisang cukup terkenal terutama di kawasan kampung.
Perak 
Foto Kredit : www.tengkubutang.com


Di Perak, makan tengahari akan bertambah sedap dengan hidangan sajian tradisi Rendang Tok yang mencampurkan daging dengan ramuan rempah ratus herba.

Selangor


Foto Kredit : mstar.com.my

Di Selangor, banyak juga masakannnya yang terpengaruh dengan gaya orang Jawa. Antara makanan tradisi di situ adalah Nasi Ambeng. Sate Kajang juga merupakan antara yang masyur di Selangor.

Johor


Foto Kredit  : http://www.vkeong.com

Kalau singgah ke Johor, sudah tentu terbayang masakan tradisinya yang popular iaitu Mi Bandung Muar. Bak kata rakyat Johor, rasa Mi Bandung yang kaya dengan seafood sangat berbeza dengan Mi Bandung negeri lain.

Melaka

Foto Kredit : http://aminfoodlover.blogspot.com
Foto Kredit : https://my.carousell.com

Di Melaka pula tidak dapat dipisahkan dengan makanan tradisinya iaitu cencaluk dan asam pedas. Udang geragau yang digunakan di dalam cencaluk sebagai hidangan tradisi, menjadikan cencaluk kaya dengan protien. 
Asam pedas di Melaka memang lain daripada yang lain dengan bermacam bahan-bahan seperti daun kesum yang wangi dan bunga kantan. Sekarang terdapat pelbagai restoran yang menyajikan asam pedas ikan, ayam dan tetel untuk pelancong datang ke Melaka. 

Negeri Sembilan


Foto Kredit : https://says.com

Di Negeri Sembilan pula terkenal dengan “Masok Lomak Lado Api” sebagai sajian tradisinya. Cukup pedas dan lemak rasanya. Kat nogori jugak bermacam masak lomak contohnya ayam, itik, daging salai, ikan keli dan sebagainya. Kena cuba semua!
Perbezaan gaya hidup yang mencambahkan pelbagai jenis masakan merupakan satu keindahan yang ada di Malaysia. Merantaulah ke seluruh pelusuk negeri-negeri kita, anda akan temui makanan tradisi yang pelbagai. Semuanya mempunyai keunikan dan rasa istimewanya yang tersendiri.
Semua sedap-sedap belaka tak ada yang tak best lah senang cerita, admin yang tulis admin dah kecur air liur ni haa tengok semua masakan ni.........Sesekali tu mestilah nak rasa jugak makanan negeri lain kan, kalau korang pergi 'food  hunting', boleh lah cari semua makanan ni yang berlainan negeri!
Sumber : Syazana Syamsul

No comments

Powered by Blogger.
a