Header Ads

Syoknyaaa Selfie dan Rakam Video dengan telefon ni!!

HYE GIRLS AND GUYS.....

Jom tonton dan nikmati video oleh Kumpulan Teater ni!! Pasti gelak besar dengan menonton momen paling lucu antara bayi dan Angelima.


Korang mesti dah tengok video kan? Cantik kan effect gambar dan video yang diambil ? Sangat jelas kamera belakang dan hadapan, memang buat muka rasa flawless dan cerah je! Yang muka tak flawless boleh acah flawless lah bila bergaya dengan Vivo V11 & V11i ni.... Ada animation effect lagi kita boleh pilih tau.

Sekarang kan trending dalam gambar atau video nak edit muka letak tanduk kucing comel lah, muka beruang lah dan macam-macam lagi...cara mengambil gambar dengan kesan water spray pada gambar pun ada juga. Itu semua ada dalam kamera Vivo V11| V11i punya effect kamera.

Apa yang menarik dan bagus pasal Vivo V11 & V11i ni?

V11 dibina dengan paparan Skrin Super AMOLED dan kedua-dua Vivo V11 & V11i dilengkapi dengan Halo FullView Display, suatu paparan yang membuatkan skrin telefon anda lebih cerah dan sesuai untuk semua jenis cuaca. Nak tengok movie atau main game pun puas sebab screen luas dan penuh.

Untuk pemprosesannya pula, V11 & V11i hadir dengan Snapdragon 660 AIE 6GB RAM manakala V11i pula datang dengan MediaTek P60 dan 4GB RAM.

Kamera hadapan V11 & V11i mempunyai resolusi sebanyak 25MP. Patutlah rasa nak selfie je! Bukan itu je, ianya dilengkapi dua kamera AI di belakang. Ni la rahsia di sebalik gambar dan video sempurna pengguna telefon Vivo.

Korang boleh mengambil gambar sempurna dalam apa jua keadaan dengan senang.

Hari-hari memang suka selfie? Ha memang sesuai sangat dengan korang sebab
korang tak payah risau pasal kapasiti storan V11 atau V11i ini kerana ia mampu menyimpan storan sebanyak 128GB. Tangkaplah sebanyak mungkin gambar yang korang nak!

No comments

Powered by Blogger.
a