Header Ads

Tahniah! Anne Ngasri selamat melahirkan anak ke-6



Pelakon Datin Anne Ngasri atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri,34 yang popular suatu ketika dulu, berkongsi dengan pengikutnya gambar satu keluarga dan penambahan ahli baru dalam keluarga selepas dia selamat melahirkan anaknya yang ke-6 secara normal seberat 3.22 Kg pada 28 November lalu.

Anne zahirkan rasa syukur dengan kelahiran baru ini sebagai penambahan seri lagi dalam rumah tangganya bersama suami.

“Semoga kelahiran ini menjadi kebaikan kepada agama kita. Semoga membesar dan mentaati tuntutan Ilahi... Terima kasih kepada yang mendoakan.
“Semoga kalian dibalas dengan kebaikan dan kebahagiaan. Selamat hari jadi anakku, 28 November 2018... Selamat datang,” katanya.


Anne mendirikan rumah tangga dengan ahli politik, Datuk Mohd Sumali Reduan pada Disember 2012. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sufi Harraz yang berusia lima tahun.
Melalui perkahwinan lalu bersama bekas suami, Abdul Wafi Hassan, Anne yang juga penerbit, dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Abdul Warits,12, Abdul Wafri, 10, dan Nazharah Afrozah, 8.

Sumber : Instagram Anne Ngasri 

No comments

Powered by Blogger.
a