Header Ads

Taksub nak putih cepat, rupanya suntikan Vitamin C boleh membawa padah!

Source : https://iluminasi.com/bm/dengar-nasihat-doktor-pakar-ini-mengenai-bahaya-menyuntik-vitamin-c-untuk-kecantikan.html



Sudah menjadi trending wanita sekarang seawal 15 tahun dan ke atas mengimpikan kulit yang cerah dalam jangka masa yang pendek. Ada yang mengambil produk krim kecantikan atau kita panggil ‘krim kilo’ dan ada juga mengambil suntikan Vitamin C dengan harapan ingin dapatkan kulit yang sangat cantik. Namun, tahukah mereka semua itu bahaya untuk kesihatan dan akan memberikan kesan sampingan ?

Suntikan vitamic C dengan tujuan ingin mencerahkan kulit mungkin berkesan pada sesetengan orang sehingga ramai terpedaya melihat kesan selepas suntikan dibuat. Walau bagaimana pun, ia sebenarnya lebih banyak mendatangkan mudarat untuk kesihatan bagi jangka masa panjang kerana ianya suntikan secara terus ke dalam darah boleh menyebabkan kerosakan buah pinggan dan hati.


Rata-rata orang sekarang sudah mula menjalankan perniagaan yang tidak sah dalam membuat perkhidmatan suntikan vitamin c. Mereka yang mudah taasub dengan kecantikan perlu tahu vitamin C juga mudah rosak, maka suntikan vitamin C yang dilakukan individu tidak bertauliah amat tidak digalakkan kerana dikhuatiri berlaku jangkitan kuman pada tempat suntikan. Kita juga tidak pasti sama ada bahan suntikan benar-benar vitamin C tulen dan kebersihatan pada jarum suntikan itu sendiri.

Cara terbaik untuk dapatkan kulit yang sihat dan cantik tanpa risiko adalah dengan merujuk kepada nasihat pakar sekiranya berhadapan dengan masalah kulit. Sekiranya perlu, ambil lah vitamin C melalui makanan asli dari buah-buahan dan sayur-sayuran kerana itu adalah yang terbaik dan dijamin selamat. Jangan sesekali terpengaruh kerana keadaan kulit, tahap kesihatan dan daya ketahanan badan setiap individu adalah berlainan.


No comments

Powered by Blogger.
a