Header Ads

TEMPAT MAKAN "VIRAL" & JIMAT YANG ANDA BOLEH KUNJUNGI DI MELAKA!!!


Ada planning untuk bercuti hujung tahun ni?kalau anda ada plan untuk ke melaka, di sini admin nak share sikit tempat makan best yang wajib anda pergi jika ke melaka. Musim cuti sekolah pun dah nak tiba, boleh la bawa satu keluarga ke tempat-tempat makan 'best' ni!



1.ROTI CANAI KAYU ARANG
Kalau nak ke sini datang awal ya, sebab ramai sangat orang datang dan sanggup beratur untuk rasa roti canai arang ni dan banyak lagi makanan pagi lagi-lagi waktu hujung minggu. Jadi siapa yang tak sanggup tunggu tu korang kena plan siap-siap.


LOKASI: 459, Kampung Bakar Batu, 75350 Bachang, Melaka
WAKTU OPERASI: 7AM-12PM,7PM-12AM


2.CENDOL JAM BESAR
Berjalan dan mengahayati sejarah-sejarah terdahulu ketika cuaca panas mestila kena sekali cendol jam besar. Yela alang-alang berada dekat kawasan yang berdekatan.lokasi dia betul-betul strategik di tengah-tengah bandar hilir.

LOKASI:  Bandar Hilir, 75200 Malacca
WAKTU OPERASI:9am-6pm Setiap Hari kecuali Public Holiday


3.SATAY KAMPUNG JAWA
Setiap gigitan pasti tak mengecewakan sebab isi dia sangat besar, cara dibakar pon cukup sempurna,. Sebut sahaja satay kampung jawa, pasti orang melaka dah dapat tahu.
Kedai ni tepi sungai, ingat kan penang je ada lineclear, melaka pon ada weh.

LOKASI: 23, Lorong Jambatan, Kampung Jawa, 75100 Melaka
WAKTU OPERASI: 11.30AM-5.30PM Setiap Hari kecuali Public Holiday


4.ASAM PEDAS PASAR BORONG

Anda nak rasa asam pedas dari ikan-ikan yang segar korang kena datang sini. Betul-betul di pasar borong , harganya pun sangatlah berpatutan, jika lalu di batu berendam sila singgah.


LOKASI:  12, Jalan Iks.M4, 75350 Melaka
WAKTU OPERASI:6pm-12pm Setiap Hari


5.MEE BESEN ORIGINAL
Dengar je nama dah pelik tapi memang unik. Mee besen bukanlah dihidangkan di dalam besen, tapi dalam mangkuk besar dan boleh dikongsi 2 ke 6 orang. Ada size ya, nanti korang boleh pilih.. Puas hati makan sebab sangat banyak.

LOKASI:  17, Jalan PNDD 1, Kampung Durian Daun Dalam, 75200
WAKTU OPERASI:3.30-10.30pm Setiap Hari Kecuali Isnin



6.MEE GORENG HASSAN @ MEE BODO
Mee tu tak bodo, tapi mee bodo ni merujuk kepada cara ia di masak, sangat simple tapi sedap. Mee bodoh, bahan-bahan dia taugeh dan sambal istimewa pak Hassan. Harga dia juga sangat murah sebab kurang RM2 sepinggan tapi ada waktu pagi je. Bolehla jimat-jimat kan?

LOKASI:  390, Jalan Tengkera, 75200 Melaka
WAKTU OPERASI:7.30-10.45AM Setiap Hari





No comments

Powered by Blogger.
a