Header Ads

"Terima kasih sebab jaga Mimi dari kecik sehingga nafas terakhir ayah, Mimi rindu ayah sangat-sangat" - Anak pinta restu nak menduduki SPM



Sayu! Tak dapat digambarkan peritnya bila kita merindukan seseorang yang sudah tiada lagi di muka bumi ini. Pergi buat selamanya kerana ajal menjemput lebih awal itu lah orang kata ajal tidak mengenal usia. Begitu juga, sekiranya insan yang tersayang iaitu mak dan ayah kita sudah tiada tetapi kerinduan yang teramat sangat, tiada cara lain untuk melepaskan rindu tersebut, selain mendoakan mereka dan menziarahi kubur mereka. 

Melalui perkongsian dari adik Nor Syahmila atau nama manjanya, Mimie status yang dimua naik telah tular baru-baru ini di laman Facebook, dia telah kehilangan ayahnya sejak usianya 13 tahun dan kini di usianya 17 tahun, dia menziarahi kubur ayahnya 2 hari sebelum peperiksaan sebenar SPM untuk mohon restu....Sebak!

Muat naik status ini telah mendapat perhatian Netizen dan rata-rata Netizen turut merasai kesedihan adik ini. Semoga adik terus kuat menghadapi kehidupan akan datang. Apa-apa pun kita yang hidup harus meneruskan perjuangan. Semoga ayah adik ini berada dalam kalangan orang beriman.

Mimie meluahkan...

"Assalamualaikum ayah. Ayah mimie datang nie melawat ayah, mimie dah janjikan mimie nak datang harini. 

Mimie balik dari kelas mimie terus datang jumpa ayah. Ayah biar la air hujan membasihi diri mimie, biar laa mimie kotorkan baju sekolah mimie dengan tanah kubur ayah janji mimie dapat luahkan segala perasaan yang ada dalam diri ini.


Ayah mimie rindukan ayah sangat sangat. Ayah dua hari lagi mimie akan duduki peperiksaan SPM. Debaran semakin terasa ayah. 14 hb 11 nie genap pemergian ayah selama 4 tahun. Ayah, mimie rindu nak peluk cium tangan ayah. Mimie rindu masakan ayah, rindu senyuman ayah, rindu nak teman ayah pergi carik lauk dekat econsave, umur mimie 12 tahun pon ayah masih lagi nak suap mimie makan, mimie rindu suapan ayah.
Terima kasih sebab jaga mimie dari kecik sehingga nafas terakhir ayah. Umur mimie 13 tahun ayah dah pergi tinggalkan mimie , adik-adik and mak. Tadi dekat sekolah ada majlis mohon restu ilmu untuk SPM. Ramai mak ayah dorang datang. Penceramah tu kata “siapa yang mak ayah dia datang, tolong bangun pergi laa mintak maaf cium tangan mak ayah mintak restu dan ucap laa terima kasih” kawan kawan mimie semua bangun pergi dekat mak ayah dia.
Tapi ada berapa orang je yang tak bangun termasuk mimie. Mimie tak tahu nak peluk siapa, tak tahu nak cium tangan siapa, tak tahu nak mengadu dekat siapa, mimie nangis sorang diri. Mimie tahu mak tak dapat datang sebab mak ada sebab sebab hal tertentu. Tapi takpe nie laa satu perjuangan untuk mimie teruskan kehidupan.

Mimie janji mimie akan jaga mak and adik-adik. Mak tak pernah ajar mimie untuk bersedih tapi mak mengajar mimie untuk terus semangat disaat kesedihan. Terima kasih ayah sebab selama nie jadi ayah yang terbaik untuk kami semua walaupon hanya sementara. I love you. Mimie tak pernah sedetik pon lupakan ayah. Doakan mimie supaya jawab exam spm nanti dengan hati yang tenang ye ayah. Semoga ayah tenang di alam sana, al fatihah".
Sumber : Fb Nor Syahmila


No comments

Powered by Blogger.
a