Header Ads

Tiada sewa-menyewa dalam ‘Isteri Untuk Disewa’, kena tonton dulu - Osman Ali

Drama Isteri Untuk Disewa lakonan Fattah Amin dan Tiz Zaqyah yang baru sahaja mula ditayangkan Isnin lalu tidak dinafikan mendapat sambutan yang cukup hangat lebih-lebih lagi ia adalah kemunculan semula Fattah menghiasi slot drama selepas beliau berkahwin dengan Fazura.




Namun, plot drama tersebut menimbulkan sedikit perbahasan dan kontroversi mengenai hukum dalam agama Islam bab menyewakan isteri.
Malah, ia mendapat teguran daripada Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri kerana ia sebenarnya menyalahi hukum agama.



Menerusi laman Instagram dan Facebook rasminya, Dr Zulkifli telah memberikan penjelasan secara mendalam tentang dua isu iaitu yang pertama mengenai tajuk drama dan yang kedua implikasi hukum.  Kata beliau, memang haram untuk meminjam mahupun menyewakan isteri.
Mari kita ikut penjelasan penuh  Dr Zulkifli dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Ini pula kata-kata dari Pengarah Drama ini.
Pengarah drama Isteri Untuk Disewa, Osman Ali menjelaskan tiada sebarang unsur sewa menyewa isteri dalam drama arahannya itu seperti mana disalah tafsir sesetengah pihak.

Osman bagaimanapun mengakui drama adaptasi novel karya Syamnuriezmil itu boleh disalah anggap sekiranya tidak membaca atau menonton keseluruhan ceritanya.

"Saya akui tajuk novel dan drama itu boleh disalahtafsirkan jika tidak menonton atau membaca keseluruhan cerita.
Sementara itu, Osman meminta netizen yang tidak pernah membaca atau menonton drama tersebut agar memahami jalan ceritanya terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang bentuk kecaman di media sosial.
Sumber : mstar




No comments

Powered by Blogger.
a