Header Ads

TIPS PEMERIKSAAN KENDERAAN SEBELUM BERJALAN JAUH


Sudah menjadi lumrah dalam masyarakat kita, jika ingin berjalan jauh je perlu servis kereta. Servis kereta biasanya hanya akan menukar minyak enjin dan penapis minyak enjin dan hal ini adalah merupakan sebahagian sahaja. Sebenarnya banyak lagi perkara yang perlu di titiberatkan sebelum anda berjalan jauh.

Jadi apa yang perlu diambil tahu jika ingin memulakan perjalanan yang jauh? Secara amnya dua bahagian perlu diperiksa iaitu bahagian dalam ruang enjin dan bahagian bawah kenderaan.
Pemeriksaan pada bahagian ruang enjin.
  1. Periksa tahap dan keadaan minyak enjin. Minyak pelincir mestilah berada diantara level ‘min’ dan ‘max’. Tambahkan jika perlu.pastikan minyak enjin tidak bercampur dengan air.
  2. Periksa tahap dan keadaan kendalir brek. Minyak brek juga harus berada di paras ‘min’ dan ‘max’. Jika minyak terlalu rendah dan perlu pam brek dahulu untuk dapatkan tekanan diperlukan, ini bermaksud ada kebocoran pada sistem hidraulik. Jika tiada tekanan diperlukan tapi masih terlalu rendah bermaksud pad brek sudah menipis, tambahkan minyak brek. Minyak brek perlu ditukar setiap 40 000km atau pun lebih kurang 2 tahun.
  3. Periksa tahap dan keadaan bendalir transmissi automatik(ATF). Cara untuk memeriksa tahap bendalir ATF adalah berbeza dengan cara memeriksa tahap minyak/bendalir lain. Ini kerana tahap ATF adalah berbeza pada keadaan sejuk dan keadaan panas (suhu bekerja). Jika kereta anda belum dihidupkan dan enjin masih sejuk, pastikan tahap ATF berada disenggatan ‘cold’ pada dipstick. Untuk memeriksa tahap pada keadaan panas pula, hidupkan enjin sehingga kipas radiator berfungsi (menandakan enjin telah sampai ke suhu bekerjanya), kemudian periksa dipstick, pastikan tahap ATF berada pada senggatan ‘hot’.Pastikan ATF tidak bercampur dengan air (sebahagian kotak gear automatik mempunyai sistem penyejuk ATF yang turut melalui bahagian bawah radiator, berisiko untuk bocor dan menyebabkan air masuk ke kotak gear).
  4. Periksa tahap dan keadaan bendalir stereng kuasa. Pastikan bendalir berada pada senggatan antara ‘Min’ dan ‘Max’. Jika cecair berada pada tahap sangat rendah, ada kemungkinan sistem stereng anda mengalami kebocoran pada saluran paip, pam, atau rak stereng itu sendiri. Bendalir tersebut juga perlu ditukar jika ia sudah terlalu kotor.
  5. Periksa tahap dan keadaan cecair penyejuk radiator (coolant). Sebelum memeriksa cecair dalam tangki radiator, periksa dahulu cecair pada tangki simpanan. Pastikan cecair berada pada senggatan antara ‘Min’ dan ‘Max’. Jangan tambah cecair melebihi senggatan ‘Max’ kerana cecair tersebut memerlukan tekanan atmosfera untuk menolaknya ke tangki radiator utama. Jika tangki simpanan langsung kosong, periksa cecair di dalam tangki utama. Buat pemeriksaan tekanan jika perlu, dikhuatiri ada kebocoran berlaku pada sistem penyejukkan.Jika anda hanya menggunakan air biasa untuk sistem penyejukkan, air perlu ditukar sekiranya ia telah terlalu kotor. Untuk yang menggunakan cecair penyejuk pula, anda perlu menukarnya setiap 100,000 km perjalanan.
  6. Periksa keadaan semua hos. Semua hos bermaksud kesemua hos termasuk hos sistem penyejukkan, hos vakum dan kesemua hos sistem hidraulik pada sistem enjin, sistem stereng kuasa dan sistem brek. Selain memastikan ia bocor atau tidak, tekan hos-hos tersebut dan pastikan ia masih fleksibel. Jika ia sudah keras, pastikan anda menukarnya kerana dikhuatiri akan patah semasa beroperasi pada tekanan tinggi.
  7. Periksa keadaan semua tali sawat (belting). Semua tali sawat bermaksud kesemua tali sawat yang memusingkan sistem alternator, pemampat (compressor) sistem penghawa dingin, kipas (sekiranya kereta anda tidak menggunakan kipas elektrik untuk sistem penyejukkan) dan pam air pada enjin. Pastikan ia tidak merekah, berbulu atau tanda-tanda lain yang kelihatan seperti hampir terputus. Periksa juga keadaan tali sawat pemasaan (timing belt) jika kereta anda tidak menggunakan sistem rantai pemasaan (timing chain).
  8. Pemeriksaan terhadap bateri. Pertama sekali, uji bateri dengan alat penguji bateri. Alat penguji bateri moden akan memberikan bacaan ‘bad and replace‘ sekiranya bateri tidak mampu menyimpan cas dengan baik. Tukar bateri segera kerana bila bateri tersebut akan rosak sepenuhnya tidak boleh dijangka. Jangan pelik sekiranya bateri anda perlu ditukar setahun sekali kerana kereta moden dilengkapi dengan sistem penggera, kotak komputer enjin, kotak gear dan pelbagai lagi dalam sistem elektrikal badan yang memorinya masih berjalan – menghasilkan parasitic load – walaupun enjin telah dimatikan sepenuhnya.Ia berbeza dengan Proton Iswara yang baterinya boleh bertahan sehingga lima tahun kerana parasitic loadyang terhasil hanyalah pada sistem memori radio dan sistem penggera.Selain itu, kotoran pada terminal bateri juga perlu dibersihkan dan jika anda tidak menggunakan bateri maintenance free, periksa juga kadar air pada bateri tersebut.


Pemeriksaan terhadap bahagian bawah kenderaan
  1. Periksa kebocoran minyak/cecair bendalir di lantai tempat letak kereta.
  2. Periksa keadaan keseluruhan bawah kenderaan
  3. Pemeriksaan terhadap sistem suspensi.
  4. Pemeriksaan terhadap roda dan tayar
  5. Pemeriksaan visual terhadap pelapik brek (brake pad)
  6. Pemeriksaan terhadap minyak gear transmisi manual.


No comments

Powered by Blogger.
a