Header Ads

Uqasha Senrose Kerap Dimimpi Suami Orang



Baru-baru ini, pelakon Uqasha Senrose yang dulu berhijab cantik telah memuat naik 'story' Instagram miliknya tentang kiriman 'dm' yang dia dapat dari orang awam dan lelaki itu mengaku dirinya sudah pun berkahwin tetapi sering mimpikan Uqasha. Dengar pun dah seram apatah lagi Uqasha yang melaluinya sendiri. 

Uqasha merahsiakan identiti lelaki tersebut dan cuma mempamerkan mesej dari lelaki itu. 



Menurut mesej dari lelaki ini, sangat mengerikan apabila lelaki ini kata sering memikirkannya dan lelaki ini sering mimpikan Uqasha. Pelakon ini juga mengatakan 'scarynyaa' pada mesej yang dimuat naik di 'story' tersebut. Tambah lagi, pengakuan dari lelaki itu sendiri yang dia sudah berkahwin dan bukanlah berniat untuk berkahwin lagi tetapi hanya ingin berkenalan dengannya.

Mungkin Uqasha perlu kurangkan memuat naik gambar-gambar dirinya yang punya unsur-unsur menjolok mata selepas ini. Cantik manis jika dia bertudung dan bertutup seperti dulu kan....





No comments

Powered by Blogger.
a