Header Ads

(VIDEO) Viral tragis tangan budak 2 tahun 'dimakan' eskalator



Kesian...Tangan kanan seorang kanak-kanak telah 'dimakan' sebuah eskalator pada khamis lepas. Video kejadian telah tular di media sosial Facebook bernama Antonio Tony Romero yang menunjukkan budak perempuan berumur 2 tahun itu mengerang kesakitan sambil duduk di atas eskalator manakala pengawal keselamatan berusaha untuk menenangkannya.




Dalam video itu, Romeo berkata kejadian berlaku sekitar pukul 4.30 petang di pusat beli belah SM Marikina Mall, Filipina.

Romeo yang menyaksikan kejadian itu menceritakan yang kanak-kanak itu terjatuh selepas tidak sengaja terlepas pegangan tangan ibunya lalu tersadung di eskalator dan terjatuh ke belakang. Dalam percubaan nak berdiri, kanak-kanak itu menggunakan tangannya untuk sokongan dan meletakkan di eskalator. Ibunya cuba menyelamatkan kanak-kanak itu tetapi gagal. Malangnya, tangan kanak-kanak itu tersekat di dalam eskalator selama 2 minit.

Kanak-kanak itu secara automatik terus meronta-ronta mengerang kesakitan kerana kulit pada dua jarinya hancur terkopek.

Cubaan pengawal keselamatan di sekitar situ untuk menghentikan pergerakan eskalator itu berjaya dan jari kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan. Tiada tulangnya yang patah dan dia dibenarkan keluar dari hospital selepas menerima rawatan.

Sumber : GMA News


No comments

Powered by Blogger.
a