Header Ads

(VIDEO) Viral Video Kanak-kanak Fasih 16 Bahasa, Dari Peniaga Jalanan Menjadi ‘Superstar’

Thuck Salik, kanak-kanak 14 tahun berniaga jalanan dan kini menjadi 'bintang'.

Menakjubkan apabila seorang kanak-kanak lelaki berumur 14 tahun fasih bertutur 16 bahasa termasuklah bahasa-bahasa utama dunia dan mula tular di media sosial dengan bakat luar biasanya itu. Dia berasal dari Kemboja dan mula menjadi terkenal merentasi Asia gara-gara video yang dimuat naik ke laman Facebook oleh seorang pelancong daripada Malaysia yang berkunjung ke sebuah kuil di Kemboja.

Nama diberi Thuck Salik atau lebih dikenali sebagai Salik, sering berkeliaran di sekitar kuil berkenaan untuk menjual cenderahati kepada pelancong-pelancong yang berkunjung. Apa yang menarik perhatian pelancong-pelancong adalah selain daripada kanak-kanak ini boleh menyebut beberapa perkataan ataupun frasa dalam bahasa lain seperti Mandarin, Korea, Jepun dan Inggeris memandangkan ramai pelancong berkunjung ke negara itu, Salik berjaya menyesuaikan segala aksi bagi menarik perhatian pelancong di sana dengan bertutur bahasa ibunda pelancong-pelancong berkenaan. Sangat mengagumkan!

Sebagai seorang peniaga, tak lekang di mulut untuk menyebut nombor kerana berkomunikasi dengan para pelanggan soal harga. Begitu juga dengan Salik, ternyata dia belajar sendiri sebutan nombor dan mengira 16 bahasa-bahasa asing yang dia tutur sehingga mahir iaitu Tagalog, Russia, Jepun, Vietnam, Itali, Jerman dan tiga dialek utama bahasa Cina.







”Saya mula menjual cenderahati bermula usia 11 tahun dan kini sudah tiga tahun saya melakukannya. Awalnya, saya hanya menguasai satu bahasa,” kata Salik kepada CNA.

”Saya belajar bahasa Inggeris. Kemudian ibu saya menghantar saya untuk berniaga di Gunung Bak Kheng. Di sana, lebih ramai pengunjung daripada China jadi saya mula belajar bahasa Cina sedikit demi sedikit untuk memudahkan perniagaan. Saya akan mula bernyanyi lagu Cina apabila melihat mereka.
”Pelancong-pelancong ini kemudian berasa kaggum dan berkata ‘Wow, kamu boleh bercakap dalam bahasa kami dengan fasih. Kamu boleh menjadi seorang bintang di negara kami”, katanya yang turut menggunakan teknik yang sama apabila berhadapan dengan pelancong-pelancong daripada negara yang berbeza.
Salik yang memperoleh hasil dari kebolehannya itu menyalurkan semuanya kepada keluarga yang digunakan bagi menampung pembelanjaan harian dan yuran sekolah Salik serta adik-adiknya.
Mann Vanna, ibu kepada Salik yang bangga dengan bakat anaknya.

Malah, ibunya sendiri tidak percaya dengan kebolehan yang ada pada Salik dan bertambah terkejut apabila mengetahui anaknya sudah terkenal.
”Saya merasa sangat gembira dan tidak ada apa yang dapat menggantikan kebahagian ini,” kata Mann Vanna.
”Walaupun saya ini ibunya, saya sendiri tidak percaya dia mampu mengusai lebih daripada 10 bahasa. Tidak terfikir pun dia boleh menyerap semua ilmu ini.
”Otaknya boleh mengingati banyak perkara dan dapat digunakan untuk menjual barang bagi menyokong keperluan keluarga kami. Sukar untuk percaya,” katanya lagi.
Kini kehidupan mereka bakal berubah apabila Salik dijemput untuk menjadi tetamu dalam rancangan televisyen tempatan dan menarik perhatian ramai pihak.
”Saya merasa sangat-sangat gembira. Tidak pernah mempunyai perasaan sebegini sebelum ini. Seperti seorang seleberiti, biarpun ketika makan ada yang mahu bergambar dengan saya,” kata Salik.
Cita-citanya mahu menjadi seorang pemandu pelancong apabila tamat persekolahan. Mengembara ke seluruh dunia dan menjelah tapak-tapak warisan bersejarah yang ada. Hidup Salik mungkin sudah berubah, namun tidak pada yang lain.
Biarpun Salik mampu ke sekolah dan berniaga pada waktu lapang, namun realitinya berbeza buat kanak-kanak lain di Kemboja.
UNICEFF mendedahkan bahawa sekitar 80 ribu kanak-kanak tidak ke sekolah dan terlibat dalam eksplotasi sebagai buruh, rata-rata akibat desakkan hidup dan kemiskinan.

Sumber : channelnewsasia

No comments

Powered by Blogger.
a