Header Ads

VIRAL Lelaki Terperangkap Di Dalam Terowong Kerana Banjir Kilat Di KL dan Ini Puncanya....





Baru-baru ini banjir kilat yang berlaku di Kuala Lumpur adalah disebabkan hujan yang luar biasa dan sistem perparitan tersumbat akibat kerja-kerja pembinaan. Paling mengejutkan detik cemas peristiwa seorang lelaki bernama Teh, 26, kenderaannya, kereta Honda Civic berwarna putih telah ditenggelami air di terowong Jalan Tun Razak. Dia terus memanjat ke atas bumbung keretanya sebelum pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian.

Mangsa berkata, "Saya tidak perasan ada takungan air kerana ketika itu ada lori di depan... tiba-tiba air memasuki kereta, saya terus keluar melalui tingkap dan duduk di atas bumbung kereta untuk selamatkan diri. Saya kemudiannya diselamatkan oleh anggota penyelamat yang tiba dilokasi kejadian,".

Namun, pasukan penyelamat telah menyelamatkan mangsa seramai lima orang lelaki termasuk Teh kerana terdapat lima kenderaan terperangkap di terowong itu dan tiada sebarang kecederaan lalu membawa mangsa ke lokasi penyelamat.

Punca banjir kilat sudah pun dikenal pasti. Akibat perparitan tersumbat dan dihalang oleh bahan pembinaan. Projek pembangunan juga salah satu penyumbang banjir kilat berlaku.

Menurut Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata ada pihak mendakwa disebabkan banyak pembangunan menyebabkan perparitan tersumbat dan berlaku banjir kilat semalam.

“Tapi kita kena selidik dulu. Kita nak tengok apa isu sebenarnya, kalau ia melibatkan pemaju, pembinaan maka KPKT harus semak perundangan dan akta-akta yang perlu disemak.

“Ia untuk kuatkuasakan lagi undang-undang agar pihak terbabit tidak cuai dalam proses buat pembangunan, tidak cuai untuk pastikan program begini tidak berlaku,” ujarnya.


Sumber : Awani




































No comments

Powered by Blogger.
a