Header Ads

Zamani kembali 'menggegarkan' Gegar Vaganza

Zamani pada konsert malam tadi minggu ke-6


Minggu lalu peserta Gegar Vaganza Musim ke-5, Zamani telah mendapat perhatian dari semua apabila dia diam di atas pentas untuk persembahan 'Mengapa Perpisahan yang Kau Pinta' kerana tidak sihat dan tiada suara. Namun, malam tadi, GV5 membuat kejutan dengan menampilkan Zamani sebagai peserta akhir untuk membuat persembahan. Zamani kini sedang 'recovery' daripada sakitnya minggu lalu. Ramai juga yang menantikan persembahan dari beliau termasuklah juri tetap Gegar Vaganza 5.
Minggu lalu Zamani jadi perhatian artis dan peminat
Telah tular di konsert Gegar Vaganza kelima, Zamani tidak mampu memberikan persembahan, kaku dan terdiam di atas pentas akibat masalah kesihatan.

Hal ini telah diketahui pihak produksi namun mereka tetap berkeras untuk semua peserta tetap meneruskan persembahan walau bagaimana cara sekalipun.

Peminat dan artis tempatan turut kecewa dengan sikap produksi yang terlalu mengejar rating dan nama.

Jom saksikan beberapa komen dari artis tempatan yang turut menyelar tindakan pihak produksi.


Menurut Tomok, dia akan naik ke pentas untuk membantu Zamani menghabiskan nyanyiannya jika dia berada di konsert tersebut.

"Kalau aku ada kat sana, aku akan terus naik atas pentas.  Tak boleh tengok idola aku rasa sedih, aku akan tolong dia," tulisnya.


Faradhdiya juga turut kosngsikan pengalaman beliau, “I totally understand what Zamani is goin thru, been there befor, lost my voice when I was doin GV, I even told tokram I wanted to quit but he said no. so we changed the key to a very low key but Alhamdulillah manage to do it walaupon bottom 2”.

Ini pula luahan Ifa Raziah,
“Seminggu saya masuk hospital kerana menghidap jangkitan kuman di paru-paru tetapi terpaksa meneruskan juga pertandingan kerana tinggal lagi satu minggu menjelang final”.
“Berlainan dengan zamani yang baru di minggu kelima. Zamani tak minta pun untuk sakit tapi kenapa pihak produksi nak juga dia teruskan persembahan walaupun dah memang sahih dia hilang suara”.
“Sepatutnya pihak produksi tidak terlalu mengejar rating. Bila dah jadi macam ni, artis yang jadi mangsa. Masyarakat akan memandang serong kepada artis kerana mereka tidak faham game produksi”.



No comments

Powered by Blogger.
a