Header Ads

Akibat nak cantik, akhirnya wajah cacat dan bengkak


Akibat nak cantik, berpuluh-puluh pelanggan sebuah klinik kosmetik di Brazil terpaksa menahan derita selepas wajah mereka bengkak dan cacat akibat disuntik sejenis bahan kimia bahaya.
Kesan teruk dialami oleh pelanggan terbabit menyebabkan ada yang mengalami kemurungan hingga ingin membunuh diri.
Keadaan itu menyebabkan puluhan pelanggan memfailkan saman terhadap Dr Wesley Murakami yang memiliki sebuah klinik kosmetik di Goiania, tengah barat Brazil.
Murakami didakwa menyuntik bahan terlarang secara berlebihan dikenali sebagai Metracryl dalam satu prosedur untuk mencantikkan kulit dan muka.
Mangsa mendakwa, mereka dipujuk oleh doktor berkenaan untuk menjalani prosedur itu bagi mendapatkan keadaan kulit lebih baik termasuk memudarkan parut jerawat.
Bagaimanapun, ia bertukar mimpi ngeri apabila sebahagian 40 pesakit mendakwa muka mereka bengkak teruk dan lebih tertekan lagi apabila tidak ada cara untuk merawat semula masalah itu.
Ada di antara mereka mula berani tampil berkongsi wajah buruk masing-masing yang menunjukkan kerosakan teruk didakwa dilakukan oleh Murakami.
Rawatan kecantikan itu menelan belanja beberapa ribu dolar dan kebanyakan mangsa terpaksa membayar dua kali ganda kepada doktor lain untuk mengurangkan kesan berkenaan.
Seorang ahli perniagaan, Alexandre Garzon, 35, menang dalam kes tuntutan terhadap Murakami sebanyak 1,500 pound (RM7,954) sebelum ini tetapi masih belum menerima pampasan.
Dia menjalani rawatan kecantikan pada 2014 untuk memudarkan parut jerawat selepas dijanjikan hasil terbaik daripada doktor itu.
Namun, mukanya bertukar hodoh sehingga dia tidak sanggup melihat wajahnya sendiri di cermin. 
“Murakami memberitahu wajah saya akan menjadi lebih baik dan parut jerawat akan pudar. Dia tidak menjelaskan bahawa prosedur ini kekal kerana saya menyangka ia seperti suntikan Botox.
“Saya terkejut melihat wajah sendiri pada cermin. Muka saya menjadi besar. Dia memberitahu bengkak itu akan surut tetapi keadaannya tetap sama selama berbulan-bulan,” katanya.
Sumber : New Straits Times Press (M) Bhd

No comments

Powered by Blogger.
a