Header Ads

Artis juga terjebak 'aksi geram' menjadi hiburan di laluan timeline sosial media



Terbaharu, sebuah video tular memaparkan seorang lelaki dikenali sebagai S Kanagarajah yang tular dengan aksi geram melalui satu rakaman video susulan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya tempoh hari. Ia bertukar menjadi bahan jenaka selepas beberapa individu dilihat muncul menerusi video parodi masing-masing.




Kanagarajah berkata, dia sama sekali tidak ambil hati dengan tindakan segelintir rakyat Malaysia yang meniru gaya geramnya, sebaliknya melahirkan rasa gembira.
“Sejak video itu tular, saya tidak menerima sebarang ugutan, saya hanya lihat mereka buat lucu dan kalau tengok video itu buatkan mereka gembira, tidak ada masalah biar mereka gembira,” katanya.

Menariknya video berkenaan bukan sahaja ditiru oleh selebriti dan masyarakat tempatan malah, masyarakat luar negara juga tidak ketinggalan melakukan parodi itu.

Penyampai radio ERA iaitu Jaa Suzuran dan pelawak, Tauke Jambu antara selebriti yang terkena 'penyakit geram' itu.





Sementara itu, Kanagarajah yang tular dengan aksi geram dalam satu rakaman video susulan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya tempoh hari menyifatkan tindakan netizen yang meniru gayanya adalah melucukan.

Aksi jelir lidah yang dibuat Kanagarajah itu bukan sekadar tersebar melalui media sosial, malah ada yang turut menjadikan pelbagai ‘meme’ melucukan oleh ramai pihak selain cabaran#Deychallenge dan #Theyychallenge.

Terdahulu, isu pemindahan kuil itu telah mencetuskan rusuhan di kawasan rumah ibadat berkenaan pada awal pagi Isnin dan Selasa, yang menyaksikan seorang anggota bomba cedera parah selain perusuh turut membakar 23 kenderaan dan merosakkan cermin bangunan kompleks One City yang terletak satu kilometer dari kuil tersebut.

Seramai 30 individu ditahan polis berhubung kes tersebut.

Sumber : mstar 

No comments

Powered by Blogger.
a