Header Ads

Berisiko Lumpuh & Cacat Tulang, Katakan 'TIDAK' Kepada #TindanChallenge Yang Kini Viral



Pada tahun 2018, platform media sosial menyaksikan pelbagai cabaran atau sering dipanggil challenge dan menjadi 'Viral' di India dan di seluruh dunia, yang bukan sahaja menarik banyak perhatian dalam talian tetapi menjadi kegilaan. Masyarakat kini terlalu ikut-ikut pada budaya challenge, seperti the dele alli hand challenge, kiki challenge, momo challenge dan sebagainya hanya kerana ingin mengejar 'Viral'.
Terkini, tindan challenge pula 'VIRAL' yang diperkenalkan dan menjadi perhatian kanak-kanak di Malaysia untuk ditiru.

Tindan Challenge

Tahukah anda kesemua challenge tersebut bukan sekadar hiburan tetapi memudaratkan diri ?
Dahulu, PDRM melarang Kiki challenge dilarang sama sekali untuk diikut-ikut kerana risiko kemalangan dan sudah ada kes peniru cabaran tersebut dilanggar kereta ketika sedang menari sambil kereta bergerak. 
Terkini, tindan challenge juga sudah mendapat perhatian ramai di laman sosial dan terpanggil pakar rehabilisasi untuk memberi respon kerana wujud pelbagai risiko dan mudarat pada diri sekiranya ditiru oleh masyarakat.




"NGERI!"
Berdasarkan laman Facebook Public Health Malaysia, tular isu ini dan itu lah reaksi seorang doktor pakar rehabilisasi apabila melihat gambar #TindanChallenge di kongsi baru baru ini yang memaparkan kanak-kanak di Malaysia.



Menurut Public Health Malaysia, kanak kanak masih lagi di fasa tumbesaran, tulang dan otot mereka masih lagi berkembang, rapuh dan mudah cedera. Bebanan di bahagian tulang belakang dan tengkuk menyebabkan mereka berisiko untuk mendapat kecederaan tulang belakang dan kecederaan saraf tunjang. Kecederaan ini juga sering berlaku apabila kanak kanak terjatuh dari tempat tinggi.

Komplikasi dari kecederaan tulang belakang menyebabkan risiko lumpuh seumur hidup. Berbaloikah mengejar gambar viral sehingga sanggup mempertaruhkan keselamatan anak anak?


Fakta Tentang Kecederaan Tulang Belakang Di Kalangan Kanak-kanak
 Kemalangan dan JATUH merupakan antara punca utama kecederaan tulang belakang di kalangan kanak kanak.
 20% kecederaan saraf tunjang dan tulang belakang berlaku kepada REMAJA & KANAK KANAK.
 Insiden untuk menjadi kacacatan tulang bengkok (skoliosis) akan meningkat 90% sekiranya seseorang mengalami kecederaan semasa kanak kanak.
 Kanak kanak lebih berisiko untuk LUMPUH sekiranya alami kecederaan tulang belakang.
 KOMPLIKASI bagi kanak kanak dan remaja yang mengalami kecederaan tulang belakang adalah lebih tinggi.


Janganlah Terlalu Galak Mengejar “like” & “Viral” 
Ibu bapa, sila ambil perhatian akan perkongsian ini, janganlah terlalu galak mengejar “like” dan “Viral” sehingga sanggup membiarkan anak anak membuat formasi merbahaya seperti ini.
Kecederaan tulang belakang bukan main main, ketika itu air mata darah sekalipun tidak akan menebus ribuan like yang anda terima 🙏🏻🙏🏻


Katakan TIDAK untuk #TindanChallenge

No comments

Powered by Blogger.
a