Header Ads

Cara cepat, ringkas & mudah buat 'Passport Online', tanpa perlu ke cawangan Imigresen



Tak suka menunggu giliran terlalu lama ? Nak jimat masa tanpa perlu pergi ke mana-mana cawangan Imigresen ?

Jangan risau, anda boleh buat Pasport di rumah sahaja!

Nak tahu bagaimana caranya ? JOM BACA....

MyONLINE*PASPORT  adalah satu kaedah sebagai kemudahan kepada warganegara Malaysia membuat permohonan pembaharuan Pasport Malaysia secara atas talian melalui internet. Permohonan atas talian boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit atau debit terus (FPX).

Cara-cara Permohonan adalah seperti berikut :

PERTAMA :  Buka Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia, kemudian cari dan tekan 'Permohonan Dalam Talian'



KEDUA      : Pilih dan tekan 'Permohonan Pembaharuan Pasport (MyOnline*Passport)'




KETIGA     :

1- Baca info, terma dan syarat 




2- Tekan butang 'setuju'



3- Tekan 'OK'


4- MULAKAN MENGISI BORANG PERMOHONAN. SELAMAT MENCUBA!

-----------------------------------------------------------------------------Makluman-------------------------------
Tempoh Pengeluaran Pasport :

Pemohon boleh memilih untuk mengambil pasport di pejabat pengeluar passport yang disenaraikan dalam sistem. Tarikh dan masa pengambilan passport akan ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat.
Waktu serahan. Permohonan yang dibuat sebelum jam 3 petang hari bekerja akan diserahkan pada hari yang sama dan permohonan selepas jam 3 petang akan diserahkan pada jam 10 pagi hari bekerja berikutnya.


Spesifikasi Foto Pasport :



  • Latar belakang foto MESTI berwarna putih tanpa bayang. Latar belakang menggunakan warna lain tidak akan diterima.
  • Pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada
  • Bagi perempuan yang memakai tudung kepala atau hijab mesti memakai tudung/hijab yang berwarna gelap dan tidak boleh menutup muka.
  • Gambar yang dimuatnaik mestilah dalam bentuk softcopy yang diambil oleh kedai gambar profesional.Gambar polaroid tidak dibenarkan.
Sila lihat gambar contoh untuk keterangan lanjut.
Permohonan yang tidak menepati spesifikasi tidak akan diproses terlebih dahulu dan akan menyebabkan kelewatan semasa pengambilan/serahan passport.
Terma dan syarat :

1. Pemohon mesti berumur 13 tahun keatas yang telah dikeluarkan dengan e-pasport (pasport bercip).
2. Pemohon perlu mengisi maklumat yang benar dan tepat di dalam ruangan yang disediakan dalam sistem. Jika terdapat maklumat/akuan palsu, permohonan akan ditolak dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 12(1)(c) Akta Pasport 1966 (Akta 150).
3. Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun: Hanya penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran semasa permohonan yang terdahulu dibenarkan membuat permohonan secara atas talian. Penjaga yang sah perlu hadir di pejabat imigresen semasa pengambilan pasport tersebut. Jika penjaga tidak hadir bersama, pasport tersebut tidak akan diserahkan.
4. Pemohon mesti memuatnaik gambar/foto bersaiz pasport yang terbaharu.
5. Bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit/debit terus (FPX). Kadar bayaran adalah seperti berikut:
     i. Permohonan Biasa 13 - 59 tahun : RM 200
     ii. Warga Emas (60 tahun keatas) : RM100
6. Pemohon perlu hadir sendiri untuk mengambil pasport dengan mengemukakan kad pengenalan, pasport sedia ada dan resit bayaran. Tiada wakil dibenarkan.
7. Kegagalan mengemukakan dokumen atau hadir akan menyebabkan pasport tidak akan diserah.
8. Pasport pembaharuan di dalam keadaan biasa sahaja
9. Buku Pasport mestilah didalam keadaan baik (tidak rosak ,berconteng, terkena air).
10. Seseorang warganegara yang berada secara tidak sah mengikut undang-undang di luar negara adalah tidak layak untuk menggunakan kemudahan permohonan pasport atas talian (MyOnline).
Keperluan Tambahan :

1. Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun perlu membawa sijil kelahiran dan penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran perlu hadir bersama.

2. Sekiranya pemohon atau penjaga tidak hadir semasa kutipan pasport, pasport tersebut tidak akan diserahkan.


Pemberitahuan :

1. Sekiranya terdapat masalah untuk melaksanakan pembayaran anda perlu membuat semakan dengan bank kerana proses pembayaran adalah urusan pihak bank.

2. Sekiranya terdapat masalah gambar yang telah di muat naik, anda boleh datang ke pejabat JIM untuk mengambil gambar semula di Pejabat Pemungut.

3. Sekiranya permohonan di dapati keluar mesej 'Sila Rujuk Pejabat Imigresen', bermaksud permohonan anda tidak boleh dilaksanakan secara online disebabkan oleh :-

    3.1 Cap jari anda yang tersimpan telah rosak/tiada dan perlu dilakukan pengambilan semula supaya tidak akan ada masalah nanti semasa penggunaan cap jari di pintu masuk/keluar.

    3.2 Anda tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang telah dimaklumkan dalam laman web 'MyOnline*Pasport'.

    3.3 Maklumat yang dimasukan tidak tepat/bercanggah dalam sistem.

No comments

Powered by Blogger.
a