Header Ads

'Dah Sembur 'Perfume' Di Nadi Pergelangan Tangan, Lepastu Gosok-gosok', Itu Cara Salah Ye! - Mari Ketahui Tips Haruman Tahan Lebih Lama!



Pemakaian haruman atau minyak wangi, walaupun nampak ringkas iaitu dengan cara membuat semburan ke tubuh, ia sebenarnya lebih dari apa yang anda sangkakan.

Biasanya, dengan beberapa semburan ke tubuh atau pakaian, kita menganggap ia sudah selesai.

Ini adalah anggota yang tepat ketika semburan minyak wangi yang anda hendak lakukan. Bukan sembarangan anggota badan ye!



1. Cara Semburan


Menurut pembuat minyak wangi kelahiran Perancis dan Armenia, Francis Kurkdjian, teknik menyembur haruman pada pergelangan tangan disifatkan sebagai kaedah yang salah dan teruk.

"Biasalah kita ni, sembur di pergelangan tangan, lepas tu gosok-gosok pula".


Menurut Francis, tak perlu buat macam tu pun. Malah katanya, sembur sahaja secara biasa kerana ia membuatkan haruman kekal lebih lama.

Iya ke? Tak taulah kalau korang malas nak percaya tapi kalau nak tahu Francis tu bukan sekadar buat minyak wangi, malah haruman ciptaannya juga selalu menang anugerah.

Tambahnya lagi, apabila kita sembur dan gosok-gosok, kulit kita akan menghasilkan haba dan ia boleh mengubah bau asal.




2. Sembur terus ke kulit



Kebanyakan kita suka sangat sembur perfume pada pakaian. Ada kalanya, sebelum pakai baju lagi dah mula sembur. Kononnya untuk menambah keharuman.

Menurut Francis, anda sepatutnya menyembur perfume di bahagian kulit yang terdedah kepada udara seperti leher, belakang siku dan pergelangan tangan.

Adalah lebih baik dan ketahanan haruman lebih lama, anda perlu sapu losen atau pelembap pada bahagian yang anda ingin semburkan terlebih dahulu, kemudian baru buat semburan.


Tapi ingat ya, losen atau pelembap itu perlu lah sama jenama atau jenis haruman atau minyak wangi yang anda ingin pakai. Ini kerana untuk bau yang sama dan sekata.



3. Jangan lupa pada rambut



Untuk mengekalkan haruman, anda juga boleh membuat semburan di bahagian rambut.
Namun, anda juga perlu berwaspada. Awas katanya, kalau kawasan tu panas, tak perlulah sembur di rambut kerana peluh akan menghasilkan minyak semula jadi di kulit sehingga boleh 'membunuh' bau minyak wangi. Tapi ingat ya, sembur terlebih dahulu pada sikat anda, biarkan seketika, kemudian baru sisir rambut anda menggunakan sikat tadi.



4. Kaedah simpanan minyak wangi



Kata pakar, tak elok simpan perfume lama-lama.
Malah, cara simpanan juga memberi kesan terhadap ketahanan haruman.

Sebaiknya, perfume perlulah disimpan di kawasan yang mengikut suhu bilik.


Lihat video menarik di bawah ini tentang tips pemakaian haruman atau minyak wangi yang betul.





Sumber : Jakarta Post 



No comments

Powered by Blogger.
a